Korang yang kerap guna sticker WhatsApp tu mesti kenal dengan Rohee, budak perempuan comel yang selalu dijadikan meme di platform media sosial.
Wajah comel dan perwatakan ‘cheeky’ Rohee ternyata menarik perhatian ramai, namun baru-baru ini, ibu kepada kanak-kanak berkenaan telah meluahkan rasa kecewanya atas tindakan sesetengah pihak menggunakan gambar Rohee tanpa kebenaran.
https://www.instagram.com/p/CotwT6whc9x/
“Kami tak dapat sebarang bayaran”
Menerusi perkongsiannya di Instagram @/jinmiran_, dia telah memuat naik beberapa posting menegur individu dan juga jenama terkenal menggunakan gambar anaknya untuk mempromosi produk.
Menurut wanita itu, gambar-gambar itu diambil tanpa kebenaran dan mereka juga tidak menerima apa-apa bayaran pengiklanan dari promosi produk yang menggunakan gambar Rohee.
https://www.instagram.com/p/CpF3V4eBtpB/
https://www.instagram.com/p/CpF6g87Bcbc/
Dia juga katanya telah menghubungi pihak berkenaan untuk berhenti memuat naik gambar anaknya di platform mereka, namun dia tidak memperoleh sebarang jawapan.
Sebelum ini juga, wanita tersebut didakwa pernah meminta orang ramai untuk menghentikan penggunaan sticker wajah anaknya di platform media sosial, lapor El Tiempo.
Sebagai ibu bapa, mestilah ibunya rasa tak sedap sebab gambar anaknya sering digunakan di mana-mana tanpa kebenaran kan. Apa pendapat korang?
Baca: “Pandai posing” – [VIDEO] Burung Gagak ‘Bergambar’ Dengan Guru Sekolah Raih Perhatian Netizen