Seorang wanita tergamak memberi minuman dan makanan yang berbahaya buat bayinya yang berusia 7 bulan demi meraih perhatian orang ramai. Kejadian dilaporkan berlaku di Gowa, Sulawesi Selatan.
Wanita berusia 23 tahun itu dilaporkan berbuat sedemikian untuk mendapatkan hadiah berupa sumbangan daripada penonton, atau lebih dikenali sebagai ‘mengemis online’ oleh orang ramai.
Menurut laporan pihak berkuasa, wanita bernama Adinda Yana itu meraih pendapatan menerusi royalti yang diperoleh daripada TikTok Live. Jadi untuk meraih perhatian orang ramai, dia telah memberi kopi susu buat bayinya.
Berdasarkan keterangan pihak berkuasa, ini bukanlah kali pertama Adinda memberikan sesuatu yang tidak sesuai buat bayinya di TikTok Live. Sebelum ini, dia pernah memberikan makanan pedas seperti ayam goreng dan nasi goreng kepada bayinya.
“Jadi aksi awal itu dia belikan ayam yang pedas, nasi goreng pedas, dan terakhir yang viral pemberian susu kopi,” seorang pihak berkuasa.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati Adinda hidup sebatang kara bersama bayinya di sebuah rumah yang daif. Dia juga telah ditinggalkan oleh suami dan perlu mencari wang sendiri untuk menyara kehidupan.
Kredit: Pantai Riau
BACA: Dikecam Netizen Gara-gara Bawa Bayi Naik Jetski, Influencer Indonesia Mohon Maaf