Hari ini sekali lagi kita semua menumpukan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah didakwa di Mahkamah Sesyen sebentar tadi atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, kedua-duanya suspek yang berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan hakim mahkamah.
Artikel berkaitan: Peguam Sahkan Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini
Artikel berkaitan: “Insya-Allah satu Malaysia akan gembira” – Kakak Kepada Ibu Zayn Rayyan
Mahkamah kemudian telah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan sebutan kes ditetapkan pada 26 Julai ini.
Terdahulu, peguam yang mewakili kedua-dua suspek menyatakan anak guamnya boleh dikenakan tuduhan selain Seksyen 302 kerana membunuh.
Pada 6 Disember tahun lalu, mayat anak kandung mereka, Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.
Sumber: Harian Metro