Beberapa hari ini, kecoh diperkatakan mengenai isu ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska atau pusat jagaan walaupun ibu bapa tersebut pada hari itu sedang bercuti.
Menurut satu perkongsian, perbuatan itu dianggap agak menyedihkan kerana ibu bapa ini katanya malas hendak melayan kerenah anak masing-masing dan mengambil waktu cuti sebagai waktu untuk berehat semata-mata.
Artikel berkaitan: “Dia baru umur 8 tahun” – Kawan Sekolah Panggil Anak Gemuk, Norreen Beri Nasihat Kepada Ibu Bapa
Artikel berkaitan: Masih Dalam Pantang, Ibu Tak Tahan Rasa Pilu Hias Kubur Anak Meninggal Dalam Kandungan
“Mak-mak yang bekerja pun perlu rehat juga”
Walau bagaimanapun, pendapat tersebut mendapat tentangan daripada netizen yang berpendapat ibu bapa yang bekerja juga perlukan rehat supaya mereka tidak ‘burnout’ dalam menjaga anak-anak di kemudian hari.
Malah ada juga yang mengatakan isu ini berkait rapat dengan kesihatan mental ibu bapa yang mungkin dapat memberi kesan buruk kepada anak-anak.
“Tak perlu sibuk judge hidup orang”
Tak cukup dengan itu, ada yang berpendapat keputusan untuk menghantar anak ke taska pada waktu cuti adalah hak masing-masing dan pastinya ibu bapa itu ada penjelasan mereka tersendiri.
Malah perlunya juga ibu bapa untuk rehatkan diri supaya mereka boleh charge semula emosi positif dan boleh menjaga anak dengan keadaan yang lebih baik.
Apa-apapun ini adalah sekadar pendapat masing-masing berhubung isu ini dan ada juga yang mengatakan perkara macam ini jadi tak wajar apabila ibu bapa abaikan tanggungjawab dan biarkan anak-anak dijaga orang lain dalam tempoh masa yang lama tanpa sebarang sebab yang kukuh.
Apa pendapat korang bagi isu ini? Setuju atau tak? Komen sikit…
Sumber: X