in

Ibu Bapa Paksa Buat ‘Loan’ RM200k, Anak Jatuh Bankrap Sebab Tak Mampu Bayar

ibu bapa paksa buat loan 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa sangat dituntut seperti membantu dari sudut kewangan dan penjagaan terutama semasa mereka tidak sihat atau tua.

Namun, wujud segelintir ibu bapa yang mengharapkan pengorbanan mereka dibalas walaupun sedar perkara itu akan membebankan anak-anak.


Buat loan sebab ibu bapa paksa

Tular sebuah luahan seorang individu menerusi laman Facebook Muflis Bankrupt Malaysia yang mana individu terbabit mengatakan dirinya telah diisytihar muflis atas pinjaman yang dibuat pada sebuah bank.

Menerusi hantaran itu, dia meminta pendapat orang ramai berkenaan notis bankrap yang difailkan ke mahkamah.

Menurutnya, dia membuat pinjaman sebanyak RM200,000 untuk membina sebuah rumah atas arahan ibu bapanya.

“Maaf tumpang tanya, saya baru dapat mesej yang mengatakan notis kebankrapan ke atas saya telah difailkan di mahkamah. Pinjaman bank sebanyak RM200,000.

“Buat pinjaman pun sebab ibu bapa yang suruh untuk mereka buat rumah sebab saya seorang sahaja anak yang kerja kerajaan.

“Tapi sekarang saya yang terbeban untuk bayar. Apa yang bakal terjadi selepas diisytihar muflis ya?” tanya individu itu.

Individu terbabit turut bertanya sama ada kereta terpakai yang dibelinya akan dilelong dan kad bank miliknya akan disekat selepas diisytihar bankrap nanti.

Lebih memilukan, ibu bapa individu berkenaan tahu mengenai perkara itu namun kedua-duanya menyatakan adalah tugasnya sebagai seorang anak untuk membalas jasa orang tua. Dia juga diugut untuk ‘dibuang’ keluarga jika tidak mengikuti permintaan mereka.

Melihat luahan hantaran itu, ramai turut memahami situasi yang dihadapi individu terbabit sambil memberi pendapat tentang apa yang patut dilakukan.

Screenshot 2023 05 09 133740 Screenshot 2023 05 09 133902 Screenshot 2023 05 09 133954

Netizen menasihati individu tersebut mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Baca: Isu Jadi Penjamin Kepada Kawan & Adik Beradik, Netizen ‘Warning’ Supaya Tidak Menyesal Di Kelak Hari
bdfv

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.