in

Ibu Bapa Mentua & Adik Ipar Tak Mengaku Bersalah Cederakan Prince Syed

ft prince syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga beranak iaitu ibu bapa mentua dan adik ipar kepada Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau dikenali Prince Syed didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan mencederakan pempengaruh itu.

Kesemua 3 tertuduh iaitu Aminah Haniffa, 55, Ishak Saif 59, dan Muhammad Ikhwan Alif Ishak, 22 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.


Artikel berkaitan : Kakak Maklum Prince Syed Shahid Pula Masuk Hospital, Isteri Sudah Keluar Wad

Artikel berkaitan : Polis Sahkan Ibu Bapa Mentua Prince Syed Antara 4 Individu Yang Ditahan

Dalam prosiding tersebut, Aminah, Ishak dan Muhamamd Ikhwan diwakili peguam K. Nathiya. Mengikut kertas pertuduhan, Aminah, Ishak dan Muhammad Ikhwan Alif didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Prince Syed di Jalan Bertih Laut 5/KS3, Sungai Bertek, Klang jam 2.58 petang pada 2 November lalu.

Pendakwaan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama di mana ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Screenshot 2025 11 14 132406

Pendakwaan itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Salman Alfarisi Nawawi. Pihak pembelaan memohon jaminan nilai minimum dengan alasan Aminah dan Ishak tidak bekerja serta ditanggung oleh anak mereka sementara Muhammaf Ikhwan Alif pula berniaga secara kecil-kecilan dan berpendapatan yang tidak menentu, dia perlu tanggung ibu bapa dan juga seorang adik.

Sementara itu, peguam pemerhati Prince Syed iaitu Navin Punj pula memohon kepada pihak mahkamah agar memberi teguran kepada Muhammad Ikhwan Alif kerana membuat satu sesi live dan bercerita mengenai kes yang tular.

Namun begitu, pihak pembelaan membantah dengan alasan bahawa tertuduh ada hak untuk bersuara sebagai rakyat manakala mahkamah menolak pemohonan Navin.

Dalam pada itu, abang ipar Prince Syed, Muhammad Syahmi Faiz, 31 juga tidak mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan cara memecahkan cermin kenderaan Proton X70 milik kakaknya, Fatin Syazwani Ishak, 27, dan menyebabkan kerugian RM560.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat. Mengikut pertuduhan, tertuduh bertindak sebegitu di Jalan Bertih Laut 5/KS3, Sungai Bertek, Klang kia-kira jam 2.58 petang pada tarikh yang sama.

Muhammad Syahmi Faiz yang diwakili peguam K. Nathitya itu didakwa mengikut Seksyen Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diminta melapor diri ke balai polis berhampiran selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta menetapkan 26 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.