in

Ibu Bapa Maut Korbankan Diri Demi Menyelamatkan Dua Anak Dalam Kemalangan di Lebuhraya PLUS

Anak Yatim Piatu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana yang sanggup lihat anak mereka sakit, cedera dan jauh sekali meninggal dunia?


Dalam satu kejadian sebulan yang lepas, sepasang ibu bapa meninggal dunia setelah mereka mengorbankan diri sendiri demi untuk menyelamatkan dua orang anak perempuan dalam satu kemalangan dahsyat.

Menurut laporan The Star, kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap ini terjadi apabila lori yang dipandu bapa mangsa hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah lagi lori di hadapan.

10429274 10152382830241762 7729936209252637126 N
gambar hiasan – sumber: autofreaks

Demi untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut, mereka menggunakan tubuh mereka sendiri untuk melindungi anak-anak semasa perlanggaran itu berlaku. Disebabkan hal itu, kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Kedua-dua budak perempuan tersebut kemudian ditemui pihak berkuasa dalam keadaan dipeluk erat oleh ibu bapa mereka.

Pun begitu, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan serius yang mana kakak perempuan yang berusia 10 tahun patah kedua-dua belah kaki. Manakala jari kaki kanan adik perempuan yang berusia 18 bulan pula terpaksa dipotong.

Malaysian Parents Sacrificed Themselves In Accident To Save Their Children World Of Buzz
sumber: the star

Kedua-duanya kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Pun begitu, ahli keluarga mangsa yang masih terkejut dengan apa berlaku sedang cuba memikirkan yang terbaik untuk kehidupan kanak-kanak ini pada masa akan datang.

Malaysian Parents Sacrificed Themselves In Accident To Save Their Children World Of Buzz 2
sumber: the star

Menurut bapa saudara mangsa, Khalib Ismail, 29, dia dalam perancangan memutuskan sama ada dua orang adik beradik perempuan itu untuk tinggal di Pahang bersama datuk dan nenek mereka ataupun tinggal bersamanya di Kuala Lumpur saja.

Saya percaya abang saya dan isterinya berjaya memeluk anak-anak mereka beberapa saat sebelum sebelum kemalangan berlaku.”

Mereka berkorban untuk anak-anak ini, jadi kami harus berikan yang terbaik untuk mereka berdua.” 

Semoga anak-anak ini tabah menghadapi dugaan yang menimpa. Pasti ada sinar di hujung jalan yang penuh pancaroba ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.