in

Ibu Bapa Mangsa Maut Dirempuh SUV Berpatah Balik Dari Tunai Umrah, Bakal Tiba Petang Ini

Ibu Bapa Berpatah Balik Dari Umrah Rempuh Suv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi, kita dikejutkan dengan berita tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dan seorang lagi parah akibat motosikal mereka dirempuh oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di hadapan universiti itu.

Difahamkan salah seorang mangsa yang maut, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, yang merupakan penuntut jurusan Ijazah Perakaunan, merupakan anak kepada Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid manakala bapanya, Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB) bagi  The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).


Bh10Kuazmi 1728521498

Artikel berkaitan: Baru Pulang Makan, 3 Pelajar UiTM Dungun Maut Dirempuh Wanita Disyaki Tidak Siuman

Ibu bapa tunai umrah berpatah pulang ke Malaysia 

Ketika nahas menimpa anak mereka, pasangan ini dilaporkan dalam penerbangan ke Makkah untuk mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd yang membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan keluarga.

Pesawat rombongan umrah itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 5.35 petang semalam, dan tiba di Jeddah, 9.15 malam tadi (waktu tempatan).

Difahamkan ketika artikel ini ditulis, pasangan tersebut kini dalam penerbangan pulang semula ke Kuala Lumpur. Mereka dikatakan telah berlepas dari Jeddah jam 1.55 pagi waktu tempatan.

Menurut Bernama, suasana pilu kini menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Dungun apabila ahli keluarga dan rakan tiga penuntut UiTM Dungun yang maut malam tadi berkumpul di hospital.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa dan doakan semoga ahli keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Harian Metro, BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.