in

Ibu & Anak Sebak Akhirnya Berjumpa Semula Lepas Terpisah Selama 32 Tahun

F3 Ibu Anak Bertemu Semula Selepas 32 Tahun Terpisah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah tentu sukar untuk seorang anak membesar tanpa kasih dan perhatian daripada seorang ibu. Itulah kisah hidup seorang wanita di Thailand ini selepas terpisah dengan ibu kandungnya ketika berusia setahun lagi.

Namun, kasih pasangan ibu dan anak ini akhirnya kembali bertaut selepas 32 tahun terpisah.


Menurut The Thaiger News, sang ibu iaitu Suwan Thothong telah terpisah dengan anak perempuannya, Sangdao ketika usia anaknya setahun kerana dibawa pergi oleh suaminya pada ketika itu.

Ibu Bertemu Semula Dengan Anak Selepas 32 Tahun Terpisah

Selepas kejadian itu, Suwan ada cuba mencari anaknya namun tidak berjaya.

Selepas 32 tahun, mereka dipertemukan semula selepas ada salah seorang saudara Suwan yang menemui nama Sangdao di Facebook.

Sangdao dan saudara ibunya itu mula berkomunikasi menerusi laman media sosial itu sebelum memutuskan untuk meminta pertolongan saudara itu agar dapat bertemu semula dengan ibunya.

Dia juga ada memberitahu saudara yang dikenali melalui Facebook itu bahawa ayahnya telah meninggal dunia dan kini dia juga telah berkahwin serta mempunyai anak.

Sangdao yang kini berusia 33 tahun mendedahkan bahawa ayahnya pada ketika itu telah membawanya ke daerah Si Sa Ket ketika berusia setahun tiga bulan.

Jadi, dia membesar tanpa kasih ibu dan sudah pastilah dia tak ingat apa-apa tentang ibu kandungnya.

Menurut Sangdao, dia juga turut mencuba untuk mencari ibunya namun tiada informasi lanjut kerana bapanya hanya memberitahu bahawa ibunya tinggal di daerah Prakhon Chai di wilayah Buri Ram.

Dia sangat bersyukur dan gembira dapat bertemu semula dengan ibunya kerana sebelum ini, dia menyangkakan ibunya itu telah meninggal dunia.

Pertemua kedua-dua beranak ini telah menyebabkan ramai netizen negara itu turut sebak apabila melihat ibu dan anak itu berpelukan erat dan tak dapat menahan air mata ketika dipertemukan semula.

Baca: Diambil Sebagai Anak Angkat Oleh Keluarga Kaya, Rupanya Keluarga Kandung Lebih Kaya! 

F3 Keluarga Angkat Keluarga Kandung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.