Masih ada yang ingat dengan Allahyarham Nur Farah Kartini? Selepas lebih sebulan kejadian melibatkan mangsa berlaku, semua barangan milik bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu telah dihantar pulang ke kediaman keluarganya di Sarawak.
Proses penghantaran pulang itu telah dilaksanakan oleh Pos Malaysia menerusi misi kemanusiaan pada semalam (Khamis).
Artikel berkaitan: Lans Koperal Alif Monjani Didakwa Bunuh Nur Farah Kartini, Berpunca Dari Perselisihan Hubungan
Artikel berkaitan: Abang Dakwa Suspek Bunuh Nur Farah Kartini Nampak Takut, Macam Ada Sorok Sesuatu
Menurut Pengurus Besar Pos Malaysia Perak, Noorzuriha Haron Noh Rashid, proses membawa pulang barangan Allahyarham digerakkan terus ke Shah Alam dan dijangka tiba di kediaman ibu mangsa di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada pagi Selasa.
Kami bersimpati dengan nasib yang menimpa Allahyarham dan keluarganya. Ini adalah sumbangan kemanusiaan Pos Malaysia buat keluarga Allahyarham,” katanya.
Diadakan juga satu majlis ringkas penyerahan barangan Allahyarham berupa pakaian, beg, buku dan barangan peribadi lain di Bangunan Canselori Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.
Hadir sama dalam majlis itu, Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman dan Dekan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Profesor Madya Dr Maizatul Hayati Mohamad Yatim.
Pemergian Allahyarham Nur Farah Kartini mengundang simpati dan kasih sayang pelbagai pihak seluruh negara sehinggalah jenazahnya dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang untuk dikebumikan.
“Saya sendiri sukar menahan sebak sewaktu bertemu ibu Allahyarham yang dilihat tenang dan reda dengan pemergian Allahyarham,” kata Naib Canselor UPSI, Datuk Dr Md Amin Md Taff.
Terdahulu, pada 15 Julai 2024, kita dikejutkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang selepas lima hari di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor.
Sama-samalah kita doakan semoga keluarganya kuat menghadapi dugaan ini.
Sumber: Sinar Harian