in

“Ia pakaian wanita” – Aisyah Hijannah Kongsi Lelaki Tidak Boleh Pakai Baju Kelawar

Syaz Ft 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika berada di rumah, kita biasanya memilih untuk memakai pakaian yang paling selesa dan lebih ‘bebas’.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tular beberapa video yang memaparkan kaum lelaki memakai baju kelawar atau kaftan ketika berada di rumah.


Artikel berkaitan: “Siap offer nak jadi isteri kedua” –  Influencer Dedah Ada Niqabis Cuba ‘Sondol’ Suami?

Artikel berkaitan: [VIDEO] Gadis ‘Baju Kelawar’ Hampir Kena Ragut, Netizen Tabik Tindakan Pantas Abang Rider!

Terbaru, pempengaruh terkenal Aisyah Hijannah berkongsi menerusi laman TikTok miliknya di mana lelaki tidak boleh memakai pakaian santai itu.

@aisyahhijanah

semoga manfaat!

♬ I’tiraf (Seruling) – Instrumental – Bakhtiar Baharin

“Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi kes di sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita.

Tidak kisahlah kalau itu hanya sekadar baju tidur atau terlihat seperti satu kain selembar tetapi dipakai golongan wanita, makanya tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki,” katanya.

Aisyah yang juga isteri kepada Alif Teega dalam pada itu turut menasihati lelaki di luar sana untuk tidak memakai lagi baju kelawar itu kerana ianya merupakan pakaian wanita.

Baru tahu…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.