Lagu Sesuci Lebaran dendangan Dato Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada tahun 2003 itu telah menjadi salah satu lagu wajib ketika perayaan Aidilfitri sejak bertahun lamanya.
Nyanyian merdu Siti Nurhaliza itu baru-baru ini menjadi topik bualan yang hangat apabila ada seorang pemuda mengatakan lagu itu mempunyai nilak toksik pada lirik ‘miskin hina’, katanya ia ibarat menghina golongan miskin.
Disebabkan itu, Fedtri Yahya yang merupakan personaliti TV terkenal, juga seorang penulis lirik yang hebat menjelaskan apa sebenarnya maksud lirik lagu tersebut.
@fedtriyahya Miskin hina hanyalah kiasan saja. Kena banyak membaca ? #sesucilebaran
Menurutnya, lirik ‘miskin, hina’ itu tidak bermaksud kita menghina orang miskin tetapi ia bermaksud perkataan miskin itu tarafnya lebih rendah dari kaya.
“Perkataan itu bukanlah untuk mengutuk atau menghina tetapi ia menunjukkan merendah diri status sosialnya.
Dalam doakan pun kita digalakkan ‘menghina diri’ kepada Allah, merendah diri untuk sesuatu yang baik.
Kita letak dirikan taraf yang bawah di atas Allah yang berkuasa. Kena banyakkan membaca, kerana bahasa Melayu ni banyak maksud, kiasan dan falsafahnya,” jelasnya.
Penjelasan tersebut disambut baik oleh netizen dan ramai yang memuji cara Fedtri yang tenang, ringkas tetapi sarat dengan informasi.
Lepas ni, kita semua kena rajin membaca ok?
Baca: “Bantulah miskin hina”- Lelaki Kena ‘Bash’ Dakwa Lagu Sesuci Lebaran Toksik