Pelakon Ruhainies meluahkan rasa berangnya dengan tindakan segelintir pihak yang dikatakan sengaja menyebarkan fitnah terhadap dirinya demi meraih pengikut.
Ia berikutan dengan tular satu design kad majlis pertunangan di antara dirinya dengan Aliff Aziz dan ia membuatkan Ruhainies rasa terpanggil untuk tepis fitnah tersebut.
Artikel berkaitan : Aliff Aziz & Ruhainies Muncul Di Mahkamah Syariah Berkaitan Kes Khalwat? Ini Penjelasan Peguam
Artikel berkaitan : Sah Bercerai Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Ucap ‘Tahniah’ Untuk Ruhainies?
Sebuah perniagaan kad digital ada memuat naik gambar kad tersebut sebelum ianya lenyap daripada IG Story miliknya atas desakan Ruhainies sendiri. Tegasnya, segala isu yang timbul berkenaan dengan dirinya tanpa pengesahan daripadanya sendiri adalah palsu.
“Saya tidak akan halalkan awak berbisnes dengan cara menggunakan nama saya untuk tujuan viralkan bisnes awak, saya tidak akan halalkan.”
Tegasnya lagi, dia akan pastikan peniaga yang membuat bisnes kad digital tersebut terima akibatnya.
“Pengajaran untuk syarikat-syarikat lain juga yang tidak bertanggungjawab, yang selama ini mereka-reka cerita demi naikkan followers dan viewers. Saya dah lama sangat berdiam.”
Bahkan dia juga berpesan kepada netizen untuk bijak menilai dan jangan terlalu mudah untuk percaya dengan apa yang muncul di media sosial.
Dalam pada itu, pelakon utama drama Terjerat ini memohon kepada pengikutnya untuk memaklumkan kepadanya jika terdapat mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menaburkan fitnah terhadapnya untuk dikenakan tindakan.
Sumber : Instagram