in

“I trust my husband” – Fazura Dedah Fattah Hampir ‘Disondol’ Pelakon Wanita, Mujur Suami Tak Layan!

Fazura Fattah Disondol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, seringkali kita dengar mengenai kisah pasangan selebriti yang terlibat dalam kes curang dan ada pula rumah tangga diganggu oleh penyondol.

Terbaru kali ini, pelakon terkenal, Nur Fazura mendedahkan bahawa terdapat cubaan daripada seorang pelakon wanita untuk mendekati suaminya, Fattah Amin ketika berada di set penggambaran.


Fazura 2

“Faz seorang yang tak jealous” 

Menerusi perkongsian temubual dengan Hlive, Fazura berkata yang dia sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang setia dan tidak melayan godaan wanita lain.

Dalam pada masa yang sama, Fazura mengatakan yang dia bukanlah seorang wanita yang kuat cemburu dan tidak pernah berbicara mengenai isu tersebut dengan suaminya kerana mempercayai Fattah seratus peratus.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Faz seorang yang tak jealous sebab saya percayakan suami saya. Alhamdulillah Fattah suami yang baik. Memang ada insiden sebelum, ada orang pernah mencuba-cuba mendekati Fattah. Tapi saya tak tanya pun kat Fattah,” katanya.

Menurut Fazura lagi, perkara berkenaan telah disampaikan kru penggambaran, namun dia bersyukur suaminya tidak terperangkap dengan godaan pelakon wanita itu.

Pun begitu katanya lagi, insiden itu tidak berakhir di situ sahaja apabila aktres berkenaan dikatakan telah mencuba untuk ‘menyondol’ sekali lagi ketika premier sebuah filem yang dibintangi Fattah.

Ada satu insiden tu masa dekat premier filem pun, masa tu Faz tengah pregnant, pernah ada cubaan itu dan disaksikan oleh keluarga Faz sendiri. 

“Tapi saya cool saja, saya takkan serang my husband sebab it takes two to tango,” katanya lagi.

“Macam boleh agak je sape pelakon tu” 

Video berkenaan menerima pelbagai komen netizen yang mana rata-rata mendoakan agar hubungan pasangan ini terus berkekalan dan ada juga yang mula membuat spekulasi bahawa mereka seakan boleh mengagak siapa pelakon wanita tersebut.

Sondol Laki Org

Haih nasib baik Fattah tak melayan. Risaulah sejenis yang suka menyondol suami orang ni. 

Baca: “Finally jumpa jugak!” – [VIDEO] Viral Wajah Seiras Fazura, Netizen Teruja Akhirnya ‘Kembar’ Bertemu

Fazura

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.