in

“I tengah heartbroken gila!” – Lepas Ditinggalkan Ex Boyfriend, Neelofa Kongsi Kisah Inspirasi Buka Bisnes Tudung

Lopa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan Noor Neelofa Mohd Noor? Dahulunya artis wanita ni mula bertatih dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan pengacara, kemudian namanya meningkat naik sebagai usahawan yang berjaya.

Bisnes tudungnya bukan ‘bishe-bishe’ ye gais. Dulu pernah viral sampai orang Israel pun order tudung Neelofa ni! Walau bagaimanapun, di sebalik success story Neelofa, korang tahu tak semuanya bermula selepas dia heartbroken ditinggalkan kekasih? 


 

“I tak pernah cerita benda ini. Tapi I tunggu the right time untuk memberitahunya” 

Menerusi perkongsian klip video pendek di Twitter daripada rancangan Trek Selebriti, Neelofa berkongsi rahsia hatinya dengan pengacara rancangan tersebut, Alif Farhan tentang rahsia kejayaannya selama ini.

Semuanya bermula dengan pertanyaan Alif kepada Neelofa,

“Neelofa ini, hatinya pernah dilukai?” 

https://www.instagram.com/p/B8ETGz5HH3V/

Disebabkan soalan ini, Neelofa akhirnya buka rahsia tentang kisahnya dikecewakan ex boyfriend ketika baru berusia 25 tahun.

Menurut Lofa, selepas episod putus cinta dengan teman lelakinya, dia bertekad untuk lakukan sesuatu dalam hidup yang akhirnya membuahkan kejayaan yang besar. 

“Sebenarnya masa mula-mula I buat bisnes hijab dengan lens tu, masa tu I tengah heartbroken gila. I broke up dengan ex boyfriend masa tu. I still young, 25, tercari-cari my identity. 

“Apa aku nak buat ya? Disebabkan kesedihan tadi, I gunakan perasaan yang fragile tu ke dalam bisnes.” 

“I want to proof masa tu dan pada orang yang i kenal, with or without you, I am still a strong woman, I can do something else. Kali kedua I was so heartbroken, I niat nak capture bigger audiens, i want to brand internationally.” 

 

Netizen terinspirasi dengan kejayaan Lofa

Rata-rata netizen yang melihat rancangan ni memang terinspirasi sungguh dengan kejayaan yang dicapai Lofa, di samping selebriti ni langsung tak ambil kesedihan dan kekecewaan tu satu halangan untuk berjaya.

Kalau Lofa boleh, korang pun boleh kan?? 

Hebat Ah
sumber: twitter

Bagi wanita kat luar sana yang tengah heartbroken tu, elok ambil Neelofa ni sebagai contoh tau. Apa-apapun admin yakin mesti korang dah boleh agak siapa dua ex boyfriend Neelofa tu kan?? Muehehe… 

Baca: “Glow up dia another level” – Netizen Terkesima Lihat Perubahan Neelofa Dari Zaman MRSM Hingga Kini, Memang Cantik Dari Kecil

Glow Up

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.