Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai sidang media yang diadakan pelakon terkenal, Ellie Suriaty yang menuntut permohonan maaf daripada ibu bapa pempengaruh Imran Bard susulan dikatakan mencalarkan nama baiknya menerusi video di TikTok.
Ellie difahamkan amat kecewa dengan tindakan Imran yang didakwa telah memperlekehkan reputasi yang dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni menerusi satu video yang dikatakan berunsurkan fitnah.
“Dia buat secara sengaja, bukan tak sengaja, bukan terbabas sehingga mendapat perhatian ramai. Saya menjadi bahan lawak jenaka dan kemusnahan sudah berlaku atas jenama, periuk nasi dan rezeki saya.
“Bila seseorang biadap, tak faham adab, saya nak bercakap dengan ibu bapa dia pasal adab. Kalau dia datang minta maaf tak ikhlas, bukan itu saya hargai. Saya mahu ibu bapa dia datang minta maaf dengan saya.
“Apa saja yang dia buat atas nama saya, demi Allah, saya tak izinkan, tak reda. Apa saja rezeki dia dapat guna nama saya untuk popular, dapat rezeki, tawaran, saya tak reda,” katanya.
Artikel berkaitan: Ramai Kritik Video Imran Bard, Dianggap Cuba Normalisasi Budaya Songsang
Artikel berkaitan: “Saya ada seseorang” – Ellie Suriaty Dedah Sudah Ada Kekasih, Usia Lebih Muda
Imran Bard mohon maaf, ibu sedang sakit
Susulan laporan polis yang dibuat Ellie dan pertimbangannya sama ada untuk membuat laporan kepada SKMM serta menyaman pempengaruh tersebut atau tidak, Imran telah tampil dengan beberapa video permohonan maaf terhadap pelakon tersebut.
Dalam video pertama yang dimuat naiknya, Imran yang kini berada di kampung halaman memaklumkan bahawa ibunya kini sedang sakit dan tidak dapat memenuhi permintaan Ellie kerana sedang dirawat di hospital.
Saya tak tahu pula isu ini jadi besar. Kepada Makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu. Saya bukan sebut nama makcik je, saya sebut makcik lain juga.
“Semua artis-artis veteran yang suka. Saya masukkan jelah dalam content. Bukan content sensitif pun. Content konon-konon jadi juri je.
“Lepas tu sampai melibatkan ibu bapa… Maaflah, mak saya dalam wad, tak boleh nak minta maaf sebab tengah masuk air, banyak wayar, atas katil.
“Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf makcik,” katanya.
@imeringue2 ♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
Namun begitu, ada yang menganggap video permohonan maaf yang dimuat naik Imran tidak serius dan seperti tidak menghormati Ellie sebagai orang yang lebih tua.
Lalu Imran sekali lagi memuat naik satu video memperjelaskan keadaannya yang agak berserabut kerana keadaan ibunya yang masih sakit dan terasa sedikit kecewa kerana melibatkan ibunya dalam hal tersebut.
@imeringue2 ♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
Korang jangan salah faham. Saya masih hormat Makcik Ellie sebagai orang tua, artis veteran dan seorang lagenda. Saya hormat dia.
“Cumanya saya sedikit marah tadi sebab mak saya tengah masuk air, tiba-tiba awak suruh mak saya minta maaf pula.
“Saya rasa sedikit kecewa sebab banyaknya saya kena hadap ni. Kena balik KL, kena tangkap ke… Jadi apa-apapun Ellie Suriaty tetap lagi tua daripada saya, tetap artis veteran yang saya harus hormati,” katanya.
Terdahulu, Imran Bard ada memuat naik sebuah video berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk bercakap kononnya mengambil bahan terlarang.
Disebabkan video tersebut, Ellie memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman.