in

“I nak pengsan buat kali kedua” – Azfar Heri Tergamam Dapat DM Daripada Tengku Puteri Jihan

azfar4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapalah tak teruja dan tergamam kalau kita disapa oleh individu yang bukan calang-calang orangnya Influencer Azfar Heri baru-baru ini ada share satu kejutan yang buatkan bukan sahaja dirinya netizen pun terpaku bila melihat Tengku Puteri Jihan dan Tengku Puteri Afzan approach dia.

 

I pengsan buat kali kedua yaa lepas baca tu”

Pasti ramai yang kenal dengan celoteh dan perwatakan lucu Azfar Heri ini reaksi spontan dan cara selambanya itu yang mencuit hati warganet.


Tanpa diduga, Tengku Puteri Jihan dan Tengku Puteri Afzan pun sebenarnya dah follow dia. Sebagai seorang peminat, Tengku Puteri Jihan cuba menegur Azfar melalui DM di Instagram, dan sebagai seorang rakyat marhaen sudah semestinya Azfar pula teruja dan rasa bertuah apabila anggota Kerabat Diraja yang kini sedang menjadi role model rakyat Malaysia kini ‘menghampirinya’.

TP Jihan meminta Azfar untuk membuat satu video kejutan buat TP Afzan yang sangat meminatinya.

https://twitter.com/tengkuafzan1/status/1269658684226863104

Azfar kongsikan rasa teruja melalui Instagram dengan mendedahkan perbualan mereka. Katanya pada mulanya ia minta dirahsiakan namun setelah mendapat keizinan baru lah dia dedahkan.

https://www.instagram.com/p/CBJE3hVhHYt/?igshid=1mvit8t0hrll4

Sebagai rakyat biasa, sudah semestinya ia merupakan satu kenangan manis buat individu itu. Ramai netizen yang gembira dan tumpang rasa bangga buat Azfar.

 

Keep entertaining us Azfar – Netizen

azfar azfar2

Bertuahnya Azfar, apa pun kami Team Lobak Merah pun terhibur apabila menonton telatah Azfar ni, teruskan memberi hiburan kepada semua!

 

Baca : “Anak agong pun masuk dapur” – Netizen Terkesima Lihat Menu Masakan Tengku Afzan, Rupanya Pandai Masak Macam Bondanya!

msk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.