Ketika kerja-kerja memadam api kebakaran yang terjadi di sebuah pangsapuri di Tai Po, Hong Kong masih dijalankan, jumlah kematian telah meningkat kepada 94 orang setakat hari ini (28 November). Antara mangsa dalam kejadian itu adalah seorang anggota bomba yang maut ketika menjalankan tugas.
Ho Wai Ho, anggota bomba yang terkorban dalam kebakaran itu, dijadualkan bakal berkahwin dengan teman wanitanya yang sudah 10 tahun menjalinkan hubungan cinta pada bulan depan.
Artikel berkaitan : Hong Kong ‘Destinasi’ Terbaharu Filem Sheriff, Digemari Selebriti Terkenal Eric Tsang
Artikel berkaitan : “Jumlah kematian meningkat & ratusan dilaporkan hilang” – Ini Kronologi Kejadian Kebakaran Di Pangsapuri Hong Kong
“Adiwira saya telah menyelesaikan tugasnya, dan kini dia kembali ke Krypton”

Dalam media sosial Wai Ho, dia telah memuat naik banyak muat naik memori terindah bersama pasangannya itu dan antara perkongsian yang menjadi tumpuan netizen, adalah satu luahan cinta terhadap teman wanitanya itu.
“Walaupun awak akan rasa jengkel, saya masih akan berkata ‘Saya sayang awak’ 100 kali.”

Dalam catatan lain, dia juga memberitahu teman wanitanya untuk menunggunya, dengan mengatakan tidak lama lagi mereka akan sampai ke destinasi yang mereka inginkan.
Teman wanitanya menerusi Threads ada mengumumkan kematian Wai Ho.
“Adiwira saya telah menyelesaikan tugasnya, dan kini dia kembali ke Krypton,” katanya.
Dia juga mengumumkan bahawa dia sedang berehat seketika daripada segala-galanya sambil cuba memproses kehilangan itu.

“Saya sentiasa berbangga dengan awak. Saya benar-benar ingin memegang tangan awak sekali lagi,” katanya dalam hantaran itu.
Menurut media sosial Wai Ho, dia telah berkhidmat sebagai anggota bomba selama hampir sembilan tahun dan sebelum itu merupakan seorang pegawai polis.
Sebelum ini, satu kebakaran besar berlaku di Hung Fook Court di Tai Po, Hong Kong, pada petang 26 November. Api merebak ke tujuh bangunan, memusnahkan rumah ramai penduduk dan menjadikannya salah satu kebakaran terburuk di Hong Kong dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber : WORLD OF BUZZ
