in

“I love u both till the end” – Puteri Sarah Masih Dianggap Sebagai Keluarga Oleh Bekas Mertua

Mertua Puteri Sarah Keluarga 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah tersohor tempatan Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah semalam telah mengumumkan serta mengesahkan penceraian mereka.

Berita sedih itu menjadi topik hangat semalam, namun kedua-dua mereka mengeaskan hubungan mereka akan sentiasa baik walaupun sudah berpisah demi menjaga anak-anak.


Hari ini, pelakon drama Hijrah Jannah itu melalui IG Story memberitahu hubungannya dengan bekas mertuanya Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah juga tidak akan berubah dan kasih sayangnya masih kekal utuh.

Screenshot 2023 06 15 14 24 23 343 Com.instagram.android

Dalam IG Story itu, Puteri Sarah memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp dengan bekas ibu mertuanya, Datin Patimah.

“Sarah tahu mama dan papa sedih (berita perceraian).

Walau apapun yang berlaku, anda berdua tetap mama dan papa buat Sarah. Tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya.

Tangkap layar itu menunjukkan Puteri Sarah memberitahu dia akan bermalam di rumah bekas ibu mertuanya itu dan kedatangannya itu dialu-alukan oleh keluarga bekas mertuanya itu.

“Jangan cakap macam itu, papa kata tiada apa yang berubah antara Sarah dan keluarga mama. Kami tetap sama seperti dulu,” tulis Datin patimah.

Sebagai info, Syamsul Yusof melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Baca: “Saya tak boleh dedahkan” – Puteri Sarah Kunci Mulut Berkenaan Kes Saman Ira Kazar

Ira Kazar Puteri Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.