in

“I ingat I dah kurus, cantik boleh masuk tv” – Wanita Menangis Tak ‘Lepas’ Uji Bakat Dewi Remaja

ft audition dewi remaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harapan yang dinanti-nantikan selama 4 tahun oleh wanita ini untuk muncul di kaca TV terkubur apabila dirinya gagal ke Pencarian Dewi Remaja 2025. Jelasnya, dia begitu sedih kerana persediaan yang dilakukannya itu ternyata tidak mampu mencapai ciri-ciri dan kriteria untuk menjadi peserta.

Dalam perkongsiannya di TikTok, gadis yang dikenali sebagai Mariam ini menjelaskan bahawa selama ini dia beranggapan bahawa kurus dan cantik adalah keperluan utama untuk dipilih dan ia jadi penyebab kenapa wanita ini mengambil masa sehingga 4 tahun untuk membuat persediaan namun ternyata dia silap.


Artikel berkaitan : Netizen Risau Tengok Peserta Rancangan Hero/Dewi Remaja 2023 ‘Goreng’ Maksud Peribahasa Melayu

Artikel berkaitan : Dikecam Sebab Cakap ‘Insecure’ Dengan Muka Melayu, Peserta Uji Bakat Dewi Remaja Beri Penjelasan

“Korang jangan jadi macam saya tau, sebab saya tunggu 4 tahun baru nak pergi (ujibakat) sebab setiap tahun saya nak pergi sebab saya rasa tak cukup kurus, saya fikir jadi kurus, cantik dah cukup, tapi bila saya pergi, rasa bersedialah dah cukup cantik, cukup kurus, saya boleh bayangkan diri saya di TV, tapi mungkin lakonan saya kot, jadi saya kena perbaiki mutu lakonan saya.”

@marythehighness

jangan jadi macam i 💋

♬ original sound – mariam – mariam

Jelasnya lagi, dia sudah sampai ke peringkat 3 uji bakat pertandingan itu, namun tidak layak ke peringkat seterusnya. Oleh sebab itu, wanita ini berpesan kepada orang ramai agar jangan melengahkan masa jika rasa sudah bersedia.

Hurm ya lah kan, nak kuruskan badan dan cantikkan diri tu bukan senang, makan masa, tenaga dan wang. Mesti lah rasa sedih kan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.