Mengejutkan! Tak ada angin, tak ada ribut seorang wanita tampil mendakwa bahawa dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon lelaki, Amar Asyraf sejak September tahun lalu.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, wanita yang dikenali sebagai @elayka_ ini telah menceritakan kembali detik perkenalan mereka berdua sehingga pasangan ini nyaris mendirikan rumah tangga pada minggu hadapan.
“September 2018, my relationship with this one guy yang berstatus suami orang bermula”

Amar bersama gadis itu juga katanya sempat memilih cincin untuk berkahwin. Namun malangnya, semuanya berakhir setelah tembelangnya akhirnya terbuka juga.

“Last2 minute dapat tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni”
Alangkah terkejutnya Elayka apabila mengetahui bahawa Amar rupanya beristeri dua dan telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak dan isterinya itu. Biar betul?

Dalam pada itu, gadis ini menafikan segala pendedahan ini merupakan cerita palsu dan rekaan semata-mata.

Tapi admin pun tak sure kesahihan cerita ni, sebab Amar pun tak ada bagi apa2 kenyataan. Setakat ini kami hanya dapat info daripada wanita ini sahaja. Semoga Amar cepat-cepat keluarkan kenyataan dan jelaskan situasi sebenar, iyelah kan tak elok juga untuk namanya nanti.
Sama-sama kita doakan semoga masalah ini selesai.
Baca: Rumah Pelakon Drama Terkenal Kena Serbu, Jadi ‘Port’ Jual Produk Kosmetik Tak Berdaftar Dengan KKM!