in

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Berkali-kali Ditangguhkan

Syaz Ft 2024 12 04T161442.225

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang duda di Kuala Terengganu dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai kerana kesalahan berkhalwat berulang kali.

Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu bagaimanapun menangguhkan pelaksanaan hukuman sebatan itu yang sepatutnya dijalankan di khalayak ramai di Masjid Al-Muktafi Billah Shah pada Sabtu.


Artikel berkaitan: 2 Kali Ditangkap Berkhalwat, Ibu Tunggal Jadi Wanita Pertama Di Terengganu Kena Hukuman Sebat

Artikel berkaitan: Tukang Rumah Jadi Individu Pertama Di Terengganu Dis*bat Depan Khalayak Sebab Berkhalwat

 

Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, penangguhan itu disebabkan permohonan semakan hukuman tersebut yang difailkan di Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu kelmarin.

“Perintah pelaksanaan hukuman sebatan syariah di luar penjara tersebut digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.

Permohonan semakan tersebut merupakan perkara biasa dalam sistem kehakiman (syariah),” katanya.

Mohd. Affendi Awang yang juga duda anak lima itu dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai berikutan kesalahan berkhalwat buat kali ketiga.

Hukuman sebatan tersebut pertama kali akan dilaksanakan secara terbuka di khalayak ramai di Terengganu kerana sebelum ini ia dilakukan secara tertutup.

Muhammad Khalil juga menegaskan penangguhan hukuman sebat terbabit merupakan prosedur biasa dan bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.