in

“Hospital mana ni yg boleh offer offer orang utk dapatkan vaccine Pfizer ni?” – Michael Ang

Ft Michael Ang Soal Hospital Offer Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sumpah aku confuse atau aku ketinggalan bus ni? Yang sekarang boleh dapat vaccine terus dari hospital? Bukan ke pembahagian vaccine hanya thru MySejahtera? Boleh someone explain to me?”

Pengarah, Michael Ang melalui entri Instagram mempersoalkan tentang cara bagaimana vaksin diberikan kepada individu di negara ini. Katanya, dia berasa keliru apabila mendengar cerita berkenaan hospital yang ada menawarkan individu yang memilih jenama vaksin diinginkan.


Sedangkan seperti yang kita semua ketahui, pemberian vaksin kepada rakyat dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera iaitu dengan proses janji temu diatur oleh pihak kerajaan.

App

Ini apa cerita hospital boleh offer individu vaccine jenama apa boleh ambik? Atau aku ketinggalan bas yang kita boleh beli atau potong queue MySejahtera dan dapat dari pihak hospital tertentu.”

Kalau macam tu kenapa banyak orang complain tak dapat appointment since bulan 2?”

Kata Michael lagi dia tahu ada sesetengah golongan diberikan vaksin secara last minute jika ada kekosongan dan juga mereka yang mempunyai sakit kronik. Namun katanya, jika benar hospital tawarkan vaksin kepada individu selain daripada kategori itu, ianya tindakan yang tidak adil.

Kalau hospital boleh buat special appointment I rasa tak adil la pada yang menunggu lama. Kalau last minute orang tak show up (dan) bagi dekat orang yang standby tu I faham jugak sebab taknak bazir vaccine tu.”

 

Melalui komen, ramai dilihat memberikan pendapat masing-masing di mana ada yang setuju dengan Michael dan berasa tindakan tersebut tidak adil. Ada juga netizen yang berkata mungkin situasi itu berlaku memandangkan ada hospital swasta yang sudah dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau mungkin juga ada yang dapat melalui syarikat mereka bekerja.

Baca: “Bertalu-talu Miss Diva dapat Whatsapp” – Kecoh Isu Pilih Vaksin, Beberapa Hospital ‘Offer’ Pfizer Untuk Ifa Raziah

Ft Ifa Raziah Dapat Offer Pfizer

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.