Macam-macam kita dengar kes pasal rider FoodPanda lagi-lagi time musim PKP ni. Ada yang buat baik dengan diorang contohnya sedekah makanan berbuka, bagi upah lebih lepas diorang hantar makanan tapi ada juga yang sanggup buat jahat sampai aniaya rider-rider ni.
Sebelum ni kita dengar ada customer hantar dadah tapi dia selitkan di dalam makanan. Perbuatan ini sah jadi salah satu penganiayaan terhadap rider berkenaan. Namun, baru-baru ini ada lagi satu kejadian yang yang dialami oleh rider FoodPanda di salah sebuah flat.
Kejadian itu dikongsikan di Twitter di mana motor rider FoodPanda ini disimbah dengan minyak hitam sewaktu dia menghantar makanan naik ke bangunan flat di kawasan berkenaan.
Dia menghantar makanan di tingkat 4 di bangunan berkenaan dan setelah turun dia mendapati motornya dah kena simbah dengan minyak hitam sekali dengan polish tayar.
Sape buat jahat kat rider ni? Tak patut lah buat macam ni
Difahamkan rider berkenaan takde bermusuhan dengan sesiapa dan dia bukanlah penduduk daripada kawasan berkenaan.
Habis rosak beg delivery brader ni.
Akibat daripada itu, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menghantar makanan sampai ke depan pintu di flat berkenaan kerana kecewa dengan sikap penduduk di kawasan berkenaan.
Janganlah buat macam ni kat rider, kesian weh…