in

Hilang Sejak Minggu Lepas, Remaja Berumur 17 Tahun Ditemui Selamat Di Triang

nur aina faqihah dijumpai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lepas lagi, tular berita berkenaan kehilangan pelajar perempuan tingkatan lima di Felda Lurah Bilut iaitu Nur Aina Faqihah Shahrizan, yang menjadi tanda tanya kerana tidak mempunyai sebarang petunjuk dalam usaha pencariannya.

Walau bagaimanapun, semalam, dilaporkan bahawa remaja perempuan itu telah selamat ditemukan orang awam di stesen bas dekat Triang, Bera.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja itu berada dalam keadaan stabil dan akan dibawa ke hospital untuk buat pemeriksaan bagi keperluan siasatan.

d4e59324 e122 4212 9ac4 47b01d54dc13 681x991 1

Artikel berkaitan: 429 Individu Hilang Di M’sia, Ini Antara 5 Orang Yang Masih Gagal Ditemui

Artikel berkaitan: Kes Hilang Albertine Leo: Polis Klasifikasi Kes Culik, Tahan 3 Individu

Difahamkan Nur Aina Faqihah, 17, yang berasal dari Kampung Lama, Lurah Bilut dilaporkan hilang dari rumah pada Isnin lalu. Laporan polis kemudian dibuat oleh keluarganya pada hari Selasa.

Mangsa Nur Aina Faqihah Sharizan ditemui orang awam kira-kira jam 2.30 petang tadi dan dibawa ke balai polis berdekatan.

“Polis akan rakam percakapan remaja ini apabila dibawa balik sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Syukurlah mangsa ditemui dalam keadaan selamat. 

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.