in

“Hilang laptop company aku” – Wanita Disamun Masa Guna Jalan Alternatif Gara-gara LRT Tergendala

Ft Lrt Wanita Kena Ragut Sebab Guna Jalan Alternatif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain urusan perjalanan terganggu, keselamatan pengguna yang terkesan dengan penutupan operasi LRT laluan Kelana Jaya ini turut memberikan impak.

Sebelum ini, tular satu perkongsian di Twitter apabila orang ramai terpaksa berjalan kaki untuk menuju ke Glenmarie kerana pemandu bas turunkan mereka di tepi jalan dan salah seorang yang terkandas dalam insiden itu menyatakan dia ambil masa 3 jam untuk sampai ke stesen Glenmarie itu.


Disebabkan perkongsiannya itu tular dan meraih lebih 10,000 jumlah perkongsian, wanita yang bernama Sophia turut kongsikan pengalamannya yang terkesan dengan masalah LRT ini.

 

Kena ragut, laptop syarikat hilang

Memetik laporan Astro Awani, Nur Sophia Jesmine Hasmin, 25, seharusnya membuat perjalanan ke tempat kerjanya menggunakan laluan LRT tersebut, dari Stesen LRT Sri Rampai ke Stesen LRT USJ 7.

Bagaimanapun, pada pagi Rabu, dia dimaklumkan mengenai gangguan tersebut dan terpaksa menggunakan jalan alternatif serta meminta bapanya untuk jemput dan hantar ke tempat kerja dengan menaiki kereta.

Namun  ketika menunggu bapanya di persimpangan antara Stesen LRT Sri Rampai dan sebuah kondominium kira-kira jam 7 pagi, Sophia didekati oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dan menyamun beg yang mengandungi komputer riba milik syarikat dan telefon pintar.

“Pada awalnya, saya enggan melepaskan beg saya. Namun, selepas lelaki tersebut bertindak mengoyakkan beg menggunakan pisau, saya melepaskan beg tersebut sebelum mereka melarikan diri.”

https://twitter.com/soph_jes/status/1590253694268108803?s=20&t=aua8jwSxNH-NA6PZIVN9Yg

Namun begitu, sumber melaporkan bahawa Sophia tidak mengalami kecederaan dan telah  membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa. Dia juga dimaklumkan bahawa pihak polis akan menyiasat insiden berkenaan serta menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Semalam, Prasarana Berhad memaklumkan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya di 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung selama tujuh hari berikutan masalah teknikal.

Baca : “Anggap je sebagai cardio” – Lelaki Berjalan Kaki 26KM Untuk Balik Rumah Gara-gara LRT Rosak

Berjalan Kaki 26Km Balik Rumah Sebab Lrt Rosak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.