Bagi seseorang anak, akan tibanya masa nanti untuk kita berpisah dengan ibu bapa kita. Selalunya akan berlaku apabila sudah berkahwin, sebab ketika itu akan bermulalah satu fasa hidup yang baru.
Semestinya sedih, seperti kisah ini yang menunjukkan betapa kuatnya hubungan seorang ayah dan anak perempuannya.
Menangis anak pindah rumah
Tak sampai 24 jam dimuat naik, sebuah video menunjukkan tentang hubungan akrab seorang ayah dan anaknya menjadi tular di TikTok.
Menerusi video dimuat naik melalui akaun TikTok @sal tersebut, menunjukkan situasi seorang ayah dan anaknya sedang bersalaman dan berpelukan kerana difahamkan anak perempuannya itu akan berpindah rumah mengikut suaminya.
Betullah kasih seorang ayah itu sepanjang masa, ayahnya kelihatan menangis dan tetap mengikut anaknya sewaktu keluar dari rumah tersebut.
Apa yang paling sebak untuk dilihat, si ayah sanggup mengikuti kereta dinaiki anak bersama suami hingga ke tengah jalan dan mengesat air matanya.
Posting tersebut sehingga kini meraih hampir 800k views. Ahhh min tanak sedih sorang2, korang tengok lah ni sekali.
@k.sal.ajer ya allah..tak pernah rasa sebak camni..#tobat sebak smpai ke hati
“Sedih tgk ayah nangis sampai atas jalan”
Menjengah ke ruangan komen, ternyata momen itu membuatkan rata-rata netizen turut bersedih. Ramai yang menyatakan tak sanggup melihat si ayah menangis sebegitu hingga mereka turut merasanya.
Hargai kedua ibu bapa kita selagi ada, sesusah kita sebenarnya lagi susah cabaran mereka nak besarkan kita.
Baca : [VIDEO] Sebak! Anak Sempat Bantu Berwudhuk Sebelum Ayah Dimasukkan Ke ICU & Meninggal Dunia