in

“Hilang ingatan kerana alami komplikasi” – Wanita Kongsi Detik Ibu Jadi OKU Lepas Bersalin Anak Ke-18

ft ibu OKU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi kejadian seorang lelaki OKU dipukul beramai-ramai di sebuah Pasar Tani baru-baru ini, ia membuatkan wanita yang dikenali sebagai Fiqah Suha di TikTok rasa terpanggil untuk kongsikan keadaan ibunya.

Menurut Fiqah, ibunya juga seorang OKU di mana wanita dikatakan telah hilang ingatan kerana alami komplikasi ketika bersalin anak ke-18 pada tahun 2010.


Artikel berkaitan : “Dia amanah Allah” – Suami Setia Jaga Isteri Hilang Ingatan Tak Pernah Terfikir Nak ‘Cari Baru’

Artikel berkaitan : Disyaki Pukul Lelaki OKU Kes Langgar Gerai Di Pasar Tani, 3 Individu Ditahan

“Jujur cakap, hanya yang ikhlas jaga insan istimewa begini sahaja yang mampu bersabar apa jua berlaku.”

“Takkan semudahnya pukul mereka walau nyawa jadi taruhan. Kita dikurnia akal waras, sedang mereka diuji, kasihi dan kasihanilah hingga akhir hayatnya.”

@ciqaaaaaaa

Sebagai orang teganu, ku rasa malu dan pilu… #kemaman #okudibelasah

♬ suara asli – yuda – yuda

Menjengah ke ruangan komen, ibunya diceritakan sebelum ini sihat dan ceria. Pada ketika itu, dia bersama adik beradik lain teruja untuk menyambut adik perempuan setelah berturut-turut dapat adik lelaki, namun begitu jangka hayat bayi tersebut tak panjang.

Malah, menurut Fiqah, adik beradiknya sebenarnya kini ada 14 orang, namun begitu lagi 4 tidak dapat diselamatkan di mana 3 kandungan alami keguguran dan seorang lagi meninggal dunia.

Bahkan, ketika kejadian, Fiqah menjelaskan bahawa jantung ibunya terhenti 10 minit ketika melahirkan anak yang terakhir dan ia membuatkan otak jadi terjejas sedikit.

Semoga adik beradik ini dimurahkan rezeki dan diberi ganjaran pahala yang lebih besar.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.