Sayu hati bila dengar salah seorang daripada orang tua kita meninggal dunia apatah lagi bila mana kedua-duanya sekali dijemput Tuhan. Kasih sayang ibu bapa tak dapat diganti dengan apa-apa pun.
Kalau boleh nak ibu bapa sentiasa panjang umur dan diberi kesihatan yang berpanjangan
Namun, kejadian yang berlaku di Balikpapan,Indonesia cukup menyayat hati di mana 6 adik-beradik kehilangan ayah saat jenazah ibu dimandikan.
Tak disangka-sangka, ayah mereka turut ‘mengikut jejak’ si ibu yang meninggal dunia pada waktu pagi . Sedihnyaaa
Disebabkan khabar duka ini kini, Mustafa,53 dan Ode Rusdiana,52 yang merupakan atuk dan nenek kepada 6 beradik ni akan memegang tanggungjawab sepenuhnya menjaga anak-anak yatim ini.
Malah yang paling menyedihkan apabila si bongsu baru je berusia sebulan.
Mustafa dan Rusdiana merupakan ibubapa kepada ibu keenam adik-beradik ini yang bernama Siti Haryati.
Difahamkan, ibubapa kanak-kanak ini meninggal dunia pada hari ahad lalu kerana mempunyai tekanan darah tinggi.
Semoga 6 beradik ni diberi kekuatan untuk menempuh ujian ni ye