in

Hidup Susah Sejak Kecil Kerana Status Pelarian, Remaja Buktikan Tiada Yang Mustahil dan Terima Biasiswa Penuh

Refugee 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mohamad Rahman bin Iman Hussein atau lebih mesra dipanggil Prince, memberi inspirasi dan menyentuh hati ramai penduduk di Malaysia apabila kisah hidupnya mula tersebar di internet setahun yang lalu.

Dilahirkan di Pulau Pinang dan dibesarkan di Kuala Lumpur, kehidupan pemuda berusia 22 tahun ini ketika kecil tidak semudah dan segembira kebanyakan rakyat Malaysia.


Prince merupakan anak kepada pasangan Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar pada tahun 90-an dek kerana krisis kemanusiaan yang masih berlaku zaman ini.

Betapa susahnya kehidupan mereka sekeluarga dahulu, sehinggakan terpaksa tinggal di dalam kontena di tapak pembinaan ketika masih kecil disebabkan tidak mampu untuk tinggal di mana-mana tempat lain.

Refugee 2
sumber: monash

Pada waktu siang, keadaan di dalam kontena itu tersangatlah panas tetapi sangat sejuk pada waktu malam. Di lorong belakang kontena tempat kami tinggal itu, terdapat tasik di mana saya bersama bapa akan memancing ikan untuk makan. Kami tidak perlu ke pasar untuk membeli ikan kerana kami akan dapatkan sendiri dan masak untuk makan malam,” katanya ketika ditemuramah di Universiti Monash.

Selepas beberapa tahun menetap di Pulau Pinang, bapa Prince membuat keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur agar dia dapat memberikan peluang pendidikan yang lebih baik kepada 5 orang anaknya. Bagaimanapun, semuanya menjadi lebih teruk apabila bapanya sukar mendapatkan pekerjaan ketika tahun pertama menetap di bandar itu.

“Bapa saya tidak mempunyai pekerjaan selama setahun dan kami hanya mengharapkan bantuan rakan-rakan. Apabila ibu bapa saya dapat kerja di kilang kacang di Segambut, mereka bekerja double syif, sehingga 17 jam sehari untuk tanggung kami sekeluarga.”

Prince juga sering dibuli dan namanya dipanggil kerana warna kulit, malah turut tidak dibenarkan sertai dalam apa-apa permainan bersama rakan sebaya.

Bagaimanapun, ketika berusia 11 tahun, semuanya berubah selepas Prince menyertai Harvest Centre (kini dikenali sebagai Dignity for Children Foundation), badan NGO yang memfokuskan pada memberikan kanak-kanak malang pendidikan.

Refugee 3
sumber: monash

Dalam masa dua tahun sahaja, Prince berjaya kuasai Bahasa Inggeris dengan bantuan guru-guru. Di situlah dia mengasah bakat public speaking dan mendapat keyakinan diri. Selepas menduduki peperiksaan SPM, Prince membuat keputusan untuk mengambil masa selama setahun sebelum menyambung pelajaran kerana mahu membantu mengajar kanak-kanak kurang bernasib baik sepertinya.

Saya sedar bahawa hidup saya berubah melalui pendidikan, kenapa saya tidak boleh mengubah hidup mereka dengan mengajar? Kanak-kanak itu juga tidak bernasib baik seperi saya dahulu.”

Selepas menjalani program pra-universiti, Prince berjaya peroleh Biasiswa Monash Equity di bawah Pertubuhan Jeffrey Cheah, iaitu biasiswa penuh. Kini, jejaka berusia 22 tahun ini sedang melanjutkan pengajian di Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Perdagangan serta merancang untuk mengambil major di dalam bidang Pemasaran.

Refugee4
sumber: the star

Prince juga akui tidak memberitahu bahawa dirinya merupakan pelarian kerana diskriminasi yang dihadapinya ketika kecil.

Saya sangat terkejut dengan penerimaan orang ramai di Monash. Pada ketika itulah saya mula lebih selesa menceritakan tentang diri saya. Sekarang apabila saya beri ceramah kepada kanak-kanak pelarian, saya beritahu mereka untuk tidak berasa malu dan berbangga dengan diri mereka.”

Lelaki yang bercita-cita untuk menjadi penceramah motivasi ini memberi inspirasi kepada ramai anak muda di negara ini.

Semoga Prince berjaya capai impiannya di masa akand datang! Caiyok!

Baca: “Saya tidak akan sesekali minta sedekah” – Netizen Tersentuh Dengan Nasib Lelaki Mahu Jadi Pengarah Ini

Lelaki F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.