in

“Hidup saya dah tak sama” – 190 Mangsa Perogol Prolifik Dari Indonesia Ni Hanya Tahu Dorang Dirogol Lepas 2 Tahun Lebih!

collage 13

Negara Indonesia kecoh bila salah seorang rakyat dorang Reynhard Sinaga dicop sebagai perogol paling prolifik dalam sejarah UK lepas dia memburu lebih dari 190 lelaki muda di sana.

Pelajar yang berusia 36 tahun ini telah tinggal bandar Manchester, UK selama tujuh tahun di rumah sewa Princess Street yang terletak tak jauh dari kelab malam Factory.

Menurut BBC UK, Reynhard merupakan seorang pemuda yang segak dan terpelajar ini dah pun mempunyai empat degree dan sedang membuat pengajian PHD sebelum dia ditangkap. Pada waktu malam, Reynhard merupakan seorang perogol.

23068530 7857825 image m 12 1578336001630

Kalau korang nak tahu, dia didapati bersalah memberi dadah, merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap 48 lelaki namun pihak berkuasa percaya yang lelaki ini sekurang-kurangnya dah rogol 190 mangsa! Gilalah

Reynhard juga telah merakamkan segala perbuatannya dan mengumpul barang-barang curian dari mangsa-mangsanya yang dipanggil “trofi” sebagai kenangan. Sebab tu, pihak polis boleh tahu angka sebenar mangsa lelaki ni.

Sasaran perogol ini biasanya adalah lelaki muda dalam linkungan awal 20-an yang keluar untuk berseronok dan mabuk di kelab-kelab malam berhampiran rumahnya.

Sebab itu, kebanyakan mangsa-mangsa Reynhard ni tak boleh ingat perbualan dia dengan lelaki ni, ada yang ingat pula dorang tak ada bukti nak tunjuk yang dorang dah didera secara seksual.

“Didatangi lelaki Asian yang sopan”

Siapa Reynhard Sinaga Predator Setan dalam Kasus Pemerkosaan Terbesar di Inggris

Penampilan Reynhard yang peramah dan terpelajar ini memang tak nampak terancam langsung. Kebanyakan mangsa-mangsa dia ingat lelaki ni sebagai seorang yang suka senyum.

Disebabkan penampilan baiknya inilah, Reynhard dapat mengumpan mangsanya untuk ke rumah dan berpura-pura untuk “tolong” mangsa-mangsanya.

Kebanyakan mangsa Reynhard tinggal di Manchester ketika kejadian ini berlaku dan antara 48 mangsa telah tampil ke mahkamah memberikan testimoni, 26 dari mereka merupakan pelajar semasa insiden berlaku.

Salah seorang mangsa menceritakan, dia tengah tunggu teman wanitanya di luar kelab malam Fifth Avenue bila dia tiba-tiba didatangi oleh “lelaki Asia kecil” yang kelihatan tak membahayakan.

Reynhard dikatakan telah menjemput lelaki ini untuk menunggu teman wanita di rumahnya dan tak ingat dah apa yang berlaku lepas dia diberikan minuman alkohol.

Seorang lagi mangsa mengatakan, dia “didatangi lelaki Asia muda yang sopan”. Seingat lelaki ini, dia telah memberitahu Reynhard yang telefonnya mati dan dia cuba dapatkan teksi tapi tak ada yang berhenti.

Jadi, Reynhard telah menjemput lelaki ini ke rumahnya untuk mengecas telefon dan seingatnya, sepanjang perbualan dengan Reynhard, lelaki ini kelihatan jujur dan bermotivasi. Tapi, lepas dia minum minuman yang ditawarkan, dia tak ingat apa yang berlaku hingga keeseokan harinya.

Lepas bangun, lelaki yang keliru dan tak terurus ini meninggalkan rumah Reynhard.

Seperti hampir kesemua mangsa Reynhard, lelaki ini tak tahu yang dia telah dirogol hinggalah lepas pihak polis menghubunginya.

Impak terhadap mangsa-mangsa Reynhard 

skynews reynhard sinaga rapist 4884476

Lisa Waters dari Pusat Rujukan Mangsa Penderaan Seksual berkata, sebelum pihak polis pergi memberitahu mangsa tentang apa yang Reynhard lakukan terhadap mereka, pekerja-pekerjanya perlu menemani pihak polis bagi memberikan sokongan emosi dan praktikal.

Kami tak nak bagitahu berita mengejutkan dan terus tinggalkan lelaki-lelaki ni tanpa sokongan.”

Menurut Lisa lagi, beberapa mangsa Reynhard hingga ada yang fikir nak bunuh diri. Mana taknya, tak ingat apa yang jadi, tiba-tiba polis datang rumah cakap dorang sebenarnya kena rogol.

Dalam beberapa kenyataan yang dibacakan dimahkamah, mangsa-mangsa Reynhard telah menggambarkan impak yang dorang hadapi lepas dapat tahu dorang dirogol.

Saya rasa terkejut, malu, dikhianati dan sangat marah.”

“Tindakan dia sangat jijik dan tak boleh dimaafkan, susah saya nak percaya orang lepas ni.”

“Saya nak Reynhard habiskan masa dia di penjara. Bukan je atas apa yang dia buat atas saya, tapi pada lelaki lain juga dan untuk segala penderitaan yang dia beri.”

“Saya harap dia akan merana macam mana saya merana, dia dah musnahkan sebahagian hidup saya.”

Lebih teruk lagi, sepanjang perbicaraan dijalankan, Reynhard tak tunjuk rasa empati atau bersalah langsung, malah dia sentiasa tersenyum. Memang kejam!

 

Baca: Pelajar Indonesia Digelar ‘Perogol Paling Prolifik’, Umpan Ratusan Lelaki Di Britain & Rogol Mereka Di Apartmentnya

hencem tapii