Jika beberapa hari lalu, pihak polis melaporkan mereka telah menjumpai pisau yang menjadi bahan bukti kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di tepi lebuhraya.
Namun, semalam pula posting Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga menimbulkan tanda tanya netizen.
Menerusi posting di Facebook tersebut, Unit Selam Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga dilaporkan telah membantu Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Terengganu untuk mengesan barang kes yang dipercayai telah dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Telemong, Terengganu.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2850198761926881&id=1870000843280016
Selain daripada itu, suspek utama yang membunuh Siti Surya juga dilihat berada di tempat kejadian berpakaian lokap warna oren dipercayai dibawa ke lokasi bahan bukti dibuang bagi membantu siasatan tersebut.
https://www.facebook.com/riduanahmad46/posts/670112196977168
Sehingga setakat ini, pihak polis masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung update terbaru kes tersebut.
Apa-apapun marilah kita berdoa semoga segala kekusutan di dalam kes ini akan terungkai tidak lama lagi.
Baca: “Petunjuk baru” – Polis Temui Pisau Dipercayai Milik Suspek Bunuh Siti Nur Surya Tepi Lebuhraya