Semalam, umat islam telah menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha dan sambutan tahun ini semestinya sangat berbeza dari tahun-tahun sebelum.
Solat sunat Aidiladha masih tak dibenarkan, namun ada sesetengah tempat dengan risiko kes jangkitan yang rendah dibenarkan dan harus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Imam masjid negara sebak
Antara tempat yang dibenarkan untuk melakukan ibadat solat sunat Aidiladha adalah di Masjid Negara yang terletak di ibu kota.
Namun paling menarik perhatian, adalah isi kandungan khutbah yang disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni. Menerusi sesi solat sunat yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan, kedengaran beliau menyampaikan khutbah dengan penuh sebak.
Seterusnya, dapat kita dengari dalam khutbah berkenaan yang meminta untuk seluruh rakyat Malaysia supaya memberikan tumpuan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ni dari makin berleluasa.
Selain itu, beliau turut berpesan supaya dihentikan segala perbalahan oleh pihak pemimpin yang mungkin boleh memudaratkan situasi sebab secara tak langsung akan memudaratkan rakyat sendiri.
“Khatib juga ingin mengambil peluang pada hari yang mulia ini untuk mengingatkan terutamanya pemimpin, juga kepada seluruh rakyat supaya menumpukan sepenuh usaha dan tindakan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
“Hentikanlah perbalahan yang sia-sia. Bersimpatilah terhadap rakyat dan janganlah kerana ketamakan itu menyebabkan rakyat pula yang menjadi mangsa.”
Bila Imam Masjid Negara pun dah sebak tahan nangis waktu beri khutbah… ??
"Hentikanlah perbalahan. Bersimpatilah pada rakyat. Janganlah kerana tamak, rakyat jadi mangsa. Bagaimana Allah SWT mahu perkenankan doa kita & turunkan rahmatNya selagi kita bergelumang dengan dosa??" pic.twitter.com/93qsvEkLu8
— W. A. (@waniardy) July 20, 2021
Terdahulu beliau mengimamkan solat sunat Aidiladha di masjid itu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri.
Difahamkan, kira-kira seramai 300 jemaah memenuhi ruang solat Masjid Negara bagi menunaikan solat sunat Aidiladha mengikut (SOP) ditetapkan.
Sama-sama kita mainkan peranan penting untuk mengekang penularan Covid-19 ini. Mesti ramai rindu suasana macam dulu kan?
Sumber : Twitter, Berita Harian
Baca : Takbir Raya & Solat Sunat Aidiladha Di Masjid & Surau Di Negeri Fasa 2 PPN Dibenarkan