in

“Henti stereotype anak derhaka” – [VIDEO] Lelaki Kongsi Suasana Sebenar Rumah Orang Tua, Nampak Macam Best!

paget

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika bercakap tentang rumah orang tua, pasti ada yang mula berfikiran negatif dan mengaitkan perkara ini dengan kes anak derhaka. Kadangkala kita perlu juga fikir situasi orang lain sebelum mula menilai.

Mungkin ada pihak yang tidak punya pilihan lain untuk menjaga ibu atau bapa mereka kerana komitmen kerja. Dalam situasi di mana tiada ahli keluarga lain dapat membantu, rumah jagaan orang tua merupakan pilihan terbaik bagi golongan seperti ini.


Realitinya, pusat jagaan orang tua merupakan sebuah tempat yang sangat menarik dan selesa untuk didiami. Baru-baru ini tular di Tiktok berkenaan seorang pemuda kongsi kemudahan yang ada di sebuah pusat jagaan orang tua bertempat di Dengkil, Selangor.

@aniqtomyam

Disclaimer: I bukan anak derhaka okay, she masuk there sendiri after divorce but its a chill place tbh. Free to keluar masuk. #foryou #fyp #sunday

♬ Romantic Sunday – Car the garden

Pemilik akaun @aniqtomyam itu menyatakan ibunya sendiri yang masuk ke pusat jagaan orang tua itu selepas berpisah dengan pasangannya.

Melalui perkongsian berdurasi 20 saat itu, kita dapat lihat persekitaran di sekitar rumah jagaan orang tua yang lengkap dengan pelbagai aktiviti untuk mereka seperti memancing dan bercucuk tanam.

Pemilik video tersebut turut menunjukkan suasana di dalam rumah, di mana setiap penghuni menerima bilik untuk diri sendiri yang dilengkapi pendingin hawa, katil, almari untuk seorang dan tandas yang selesa.

Mereka turut disediakan dengan ruang pantri yang serba lengkap serta kemudahan Wi-Fi percuma. Wah, semua benda tersedia nampaknya.

Ruangan komen melihatkan ramai netizen yang berminat untuk mendiami pusat jagaan orang tua ini selepas mereka lanjut usia nanti.

1 24 42 4

Ada juga yang nyatakan stigma negatif terhadap tempat tersebut perlu dihentikan.

3 46 35 4

Haa.. ada tak yang nak masuk sini dah tua nanti?

Baca: “Adui, sakit mato den” – [VIDEO] Uwan Nak Ajar Cara Pakai Celak Arab Sekali Lain Pula Jadinya

0 1

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.