in

“Henti sebar fitnah” – Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Mahu Saman Pemfitnah

Ac Mizal Jawab Kenyataan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari ini, tular di media sosial hantaran beberapa individu yang mendakwa sebuah stesen televisyen yang dimiliki pengacara terkenal tidak membayar gaji pekerja selama tiga bulan dan mempunyai tunggakan caruman PERKESO.

Susulan dakwaan ini, Dato’ AC Mizal telah tampil memberi kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut di Instagram Suke TV.


Ac

Artikel berkaitan: “Dah pernah report tapi…” – Bekas Pekerja Dakwa Syarikat Pengacara Terkenal Gagal Carum PERKESO?

Artikel berkaitan: “Tutup wifi, aircond semua” – Mahu Pekerja Balik On Time, AC Mizal ‘Halau/ Pekerja Pulang

“Tidak benar dan fitnah semata-mata” 

Menurut AC, dia telah terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah dan tohmahan yang tular di media sosial daripada beberapa individu yang tak bertanggungjawab.

Tambahnya lagi, sebenarnya dia tidak perlu memberi sebarang penjelasan mengenai isu tersebut, namun memandangkan ramai yang bertanyakan mengenai hal itu dan demi mengelakkan salah faham, dia perlu jelaskan ia di platform itu.

Ac Mizal

Kenyataan dan cerita yang tular tentang kegagalan SUKETV bayar gaji tiga bulan kepada individu-individu tersebut di media sosial adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

“Saya telah mengarahkan peguam saya dan syarikat SUKETV untuk mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu-individu yang terbabit berkenaan penularan fitnah ini. Oleh itu, biarlah Mahkamah yang menentukan salah betul masing-masing.” katanya.

Kenyataan disebarkan bekas staf yang sudah ditamatkan perkhidmatan

Kata AC lagi, kenyataan-kenyataan fitnah itu disebarkan oleh beberapa bekas staf yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat kerana didapati melangggar syarat-syarat perkhidmatan dengan syarikat.

AC juga berkata, pihaknya mempunyai semua bukti tetapi tidak akan mencanangkan butir tersebut kepada umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SUKE TV (@mysuketv)

Saya memohon semua untuk berfikir secara tenang, hentikan sebarang sebaran fitnah dan cerita yang tak berasaskan fakta sebenar.

“Pihak saya dan SUKETV sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya ada sebarang isu asalkan kita menggunakan saluran yang betul.

“Jangan menyalahgunakan sosial media untuk kepentingan-kepentingan yang tertentu,” katanya lagi.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.