Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang boleh menggambarkan situasi mengejut ini. Sebuah helikopter dilaporkan telah terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor.
Menurut sumber, helikopter terbabit bertembung bersama helikopter yang lain sebelum hilang kawalan dan terhempas. Dua mangsa terbunuh manakala dua yang lain cedera parah.
Korban terbabit melibatkan dua orang lelaki, manakala mangsa yang cedera melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. Dua mangsa yang meninggal dunia melibatkan seorang juruterbang dan seorang penumpang, kedua-duanya warga tempatan.
Menurut maklumat awal daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima oleh mereka pada jam 11.46 pagi tadi.
Insiden mencemaskan ini disaksikan oleh ramai penduduk setempat, malah situasi kejadian sebelum helikopter terbabit terhempas juga berjaya dirakam oleh penduduk di sekitar Taman Melawati.
Video kejadian:
Helicopter crash in Melawati ??? pic.twitter.com/1SagSc5ggg
— papa (@Mukminlol) November 8, 2020
Harap semua selamat lah ??? pic.twitter.com/rdbGV8jX6C
— Azim Ali | GETB (@azim__a) November 8, 2020
Sumber: MalaysiaKini, Fareez Azman
BACA: Penangan Lemang To’Ki Sampai Ada Orang ‘Loaded’ Yang Sanggup Datang Beli Naik Helikopter