in

Heboh Insiden Smartphone YES Diberi Percuma Kepada Pelajar Meletup, YTL Jamin Ia Selamat Digunakan Cuma…

ft YESletups

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ramai netizen dan penerima bantuan telefon pintar mudah alih bagi tujuan PdPR mengkritik kerana telefon yang diberikan tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

Bukan itu saja,berlaku juga dua insiden yang membabitkan telefon pintar YES berkenaan iaitu gajet tersebut terbakar ketika sedang digunakan untuk PdPR dan ada juga berlaku insiden ia meletup ketika sedang dicas.


letups2

 

Guna pengecas asli

YTL Communications (YTLC) tampil memberi penjelasan dan jaminan bahawa telefon tersebut mematuhi piawaian antarabangsa dan ia selamat digunakan, lapor Malaysiakini. YTLC turut mengingatkan agar telefon itu dicas menggunakan pengecas asli yang dibekalkan atau kabel pengecasan yang diperakui Sirim yang dalam keadaan baik.

Sejak kejadian yang dilaporkan, rakan kongsi pembuatan kami, China Mobile dan pengeluar bateri, Utime Limited telah menyelesaikan audit terhadap data pengeluaran dan kawalan kualiti dari proses pengeluaran telefon pintar YES Altitude.”

Mereka telah mengesahkan bahawa telefon pintar YES Altitude sepenuhnya mematuhi semua perakuan kesihatan dan keselamatan antarabangsa yang relevan… dan selamat digunakan.”

 

Siasatan dijalankan, skrin tidak rosak

Kata YTLC lagi, siasatan awal telah dilakukan berhubung dua insiden terbabit dan hasilnya menunjukkan bahawa skrin kedua-dua telefon pintar berkenaan tidak rosak, menunjukkan bahawa ia tidak meletup seperti yang didakwa sebelum ini.

  • Telefon dari kejadian pertama, yang berlaku di Gombak, sebenarnya masih berfungsi sepenuhnya dengan bateri baru, kerana kerosakan nampaknya hanya terhad pada bateri

Kejadian kedua, yang dilaporkan di Temerloh, melibatkan Mohd Najif Ahmad, yang menerima telefon pada bulan Ogos 2020 di bawah inisiatif Learn From Home YTL Foundation, kata YTLC. Difahamkan, sejak kejadian itu 5 anaknya menggunakan telefon tersebut untuk PdPR mereka.

  • Kejadian itu berlaku selepas dua jam kelas dalam talian, ketika telefon dicas menggunakan pengecas dan kabel third-party

letups1

Telah diperhatikan bahawa bahagian kabel pengisian yang digunakan pada saat kejadian mengalami kesan terbakar yang cukup besar, dan kabel terdedah.”

Layar telefon tetap dalam kondisi baik, menunjukkan telefon tidak meletup.”

Terdahulu, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi melancarkan program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion bertujuan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah mendapati peranti serta akses Internet untuk PdPR.

Baca: “Kalau dibagi sardin, takkan kita minta ayam”- Netizen Bengang Dengan Penjelasan MB Perak Tentang Telefon Kualiti Rendah

collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.