in

“Hebat! Parents pun supportive” – Baru Umur 12 Tahun Tapi Lukis Bangunan Dah Macam Architect Pro

featured image budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni kalau kita perasan ramai anak kecil yang sudah mempunyai minat seperti orang dewasa kan?

Kadang-kadang tu, hasil kerja yang mereka lakukan boleh dikatakan hampir setanding dengan apa yang mampu dilakukan oleh golongan dewasa.


Baru-baru ni tular di laman Facebook mengenai bakat seorang anak muda yang sudah kelihatan seawal usia 10 tahun.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=790461371430466&id=309614182848523

Melalui perkongsian yang mendapat ribuan share itu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Airiel Haziq, 12 sudah mempunyai hobi untuk melakar rumah dan bangunan seawal usianya 10 tahun.

82506745 790460811430522 4145576861587472384 n
Sumber: Facebook
Perkara itu mula disedari oleh ibu bapanya dan kemudian mereka telah membelikan drawing board, T square serta alatan melukis yang lain.

82331667 790460731430530 1724989269870641152 n
Sumber: Facebook

Tapi minat Haziq kelihatannya seperti semakin membuak-buak dalam bidang ini. Lalu bapanya telah membelikan dia buku-buku rujukan seperti lukisan perspektif dan kejuruteraan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

82308246 790460908097179 7682379256139087872 n
Sumber: Facebook
Bukan itu sahaja, kemudian bapa Haziq turut mendedahkan dia dengan aplikasi SketchUp di mana Haziq boleh melakar bangunan dengan menggunakan komputer.

Haziq juga dikatakan turut melakar bahagian dapur dan bilik air rumahnya semasa keluarga dia ingin membuat sedikit pengubahsuaian.

82781116 790460868097183 2155694568907997184 n
Sumber: Facebook
Netizen turut memuji dengan minat dan bakat yang ada terhadap anak muda ini. Mereka juga berhadap semoga minat ini kekal sehingga dia meningkat dewasa kelak.

11
Sumber: Facebook

Admin pun doakan semoga adik ni menjadi arkitek yang berjaya satu hari nanti.

 

Baca: “Melepaslah nampaknya…” – Anak YB & Seorang Arkitek, Lelaki Ini Didakwa Teman Lelaki Mira Filzah?

cfgvh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.