Kesesakan lalu lintas memang tak boleh dielakkan. Kalau kena waktu puncak, memang lagi teruk jem. Kadang tu jem sahaja dah ambil masa yang banyak, stress dibuatnya.
Untuk korang yang selalu stress hadap jem tu, min ada satu aktiviti cadangan untuk korang. Jangan risau, dijamin selamat untuk korang dan pengguna jalan yang lain dan yang penting boleh buat dari dalam kereta. Haa… korang boleh tiru apa yang pemandu lori ni buat dalam video asal @yanadiyana di bawah.
@utusantvofficial 18 MEI 24: Semoga uncle sihat dan kekal comel ?. ? milik yanadiyanarosli. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #FYP #jalanjem #tenangdiri
Artikel berkaitan: 50 Fakta Menarik Di Dunia Ni Akan Buat Korang Ternganga!
Artikel berkaitan: “Healing apa?” – Netizen Bengang Tengok Beberapa Individu Masak Di Stesen Minyak Genting Highland
Healing yang sebenar
Min tengok abang lori tu bahagia je main tiup-tiup buih. Mesti dia seronok kan tengok buih tu berterbangan. Macam tu je dia habiskan waktu, tahu-tahu nanti dah boleh jalan.
Untuk korang yang selalu stress hadap jem tu, ini adalah cara yang terbaik untuk hilangkan stress. Macam min cakap tadi, selamat je untuk semua.
Kann.. kadang-kadang rindu gak zaman kanak-kanak. Mungkin dengan main permainan macam ni boleh ubat rindu dan buat hidup kita lebih happy, mana tahu kan.
Cara paling efektif untuk hilangkan rasa bosan tunggu traffic light ialah main buih. Kalau main phone nanti bahaya. Standby je buih macam ni dalam kereta.
Boleh jadi gak, mungkin abang ni beli untuk anak. Tapi dah lama sangat hadap jem, terus dia main tiup-tiup. Tahu-tahu nanti dah habis je.