in

‘Healing’ Tanpa Permit Sah, Pendaki Terkejut Gunung Berapi Dukono Meletus Depan Muka

Gunung 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan ramai anak muda yang menjadikan hiking sebagai hobi untuk beriadah atau melepaskan tekanan bekerja.

Pun begitu, tular beberapa video di media sosial apabila ada sekumpulan individu yang mendaki Gunung Dukono di Daerah Halmahera Utara, Maluku Utara, Indonesia pada Sabtu lalu sebelum gunung itu meletus secara tiba-tiba.


Gunung Dukono meletus depan muka pendaki

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang duduk di hujung bahagian gunung sambil membuat vlog walaupun asap gunung berapi itu semakin tinggi dan menebal.

Artikel berkaitan: Pendaki Gunung Dedah Konon Wujud 3 Buah Kampung Makhluk Halus Di Bukit Broga?

Artikel berkaitan: Ambil Selfie Atas Gunung, Pendaki Maut Jatuh Dalam Lubang Kawah Gunung Berapi

Tiba-tiba, Gunung Dukono berkenaan meletus dan kesemua pendaki seramai lebih 10 orang itu bergegas turun ke bawah dan mujur mereka sempat menyelamatkan diri.

@nurlitahmd

Sekian dan terima kasih, pendakian kali ini saya tobat.

♬ suara asli – Lalitaa – Lalitaa

Pendaki tiada permit, Gunung Dukono aktif tahap tinggi

Menurut Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Bencana (BNPB), Abdul Muhari, mereka yang berada pada ketika itu tidak mempunyai permit yang sah selain gunung tersebut dalam pemerhatian tahap dua (berjaga-jaga).

Pos Pemerhatian Gunung Berapi Dukono (PGA) menjelaskan mereka (pendaki berkenaan) bertuah kerana dapat menyelamatkan diri daripada bencana letusan itu.

Abdul Muhari turut menggesa orang ramai termasuklah pelancong supaya mematuhi arahan yang telah ditetapkan terutamanya mengenai zon bahaya.

Dalam pada itu, Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMG), Priatin Hadi WIjaya berkata, dalam tempoh 1 hingga 14 Ogos 2024, terdapat 2,387 gempa bumi yang mencetuskan letusan.

Ketika ini gunung berapi Dukono masih meletus dengan kuat menghasilkan tiang letusan dengan ketinggian purata 100 hingga 1,000 m.

Oleh itu, PVMG melarang sebarang aktiviti manusia dalam radius tiga kilometer dari kawah atau pusat aktiviti Gunung Dukono kerana ia masih aktif tahap tinggi.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.