Hanya tinggal sekitar sebulan lagi sebelum kita melangkah ke tahun baharu 2026, dan ketika inilah musim tengkujuh mula melanda negeri-negeri di Pantai Timur.
Dalam masa sama, rakyat Malaysia turut dinasihati agar menangguhkan perjalanan ke Hatyai, Thailand susulan banjir yang kini melumpuhkan beberapa kawasan di daerah berkenaan.
Menerusi video yang tular di media sosial, difahamkan ada juga rakyat Malaysia yang melancong ke sana terperangkap di hotel di Hatyai dan di sempadan gara-gara banjir kerana masih belum boleh pulang akibat paras air yang menaik.
@beritaalhijrah114 Hujan lebat di Hat Yai, Thailand, sejak semalam mengakibatkan lokasi pelancongan tersebut ditenggelami air. Beberapa rakyat Malaysia berkongsi video mereka terkandas di sempadan Thailand-Malaysia dan juga di hotel, menunjukkan air banjir mula menenggelami kedai-kedai di Hat Yai.
Artikel Berkaitan: “Floating market tenggelam dah” – Hatyai Dikatakan Banjir, Netizen Beri Peringatan Bagi Yang Nak Bercuti Di Sana
Artikel berkaitan: “Memang ‘level’ lain” – Ramai Pelancong Malaysia Masuk Hatyai, Thailand ‘Untung’ 1 Bilion Baht!
Meninjau ke platform media sosial Thread, ada antara rakyat Malaysia dan keluarga mereka terperangkap di hotel berkongsikan pengalaman bagaimana banjir di situ telah menjejaskan pergerakan mereka.

Sama-sama kita doakan agar banjir di Hatyai segera surut dan kesemua yang terperangkap dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera dan selamat.
Sumber: Thread, TikTok
