in

“Hati saya dah berpunya” – Terkejut Scammer Menyamar Jadi Dirinya, Tengku Zafrul Tak Berminat Cari ‘No 2’

Tengku Zafrul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular kisah seorang guru tadika berusia 59 tahun yang dilaporkan telah diperdaya oleh seorang scammer yang mengaku dirinya sebagai Menteri Kewangan.

Wanita itu telah menyerahkan wang sebanyak RM4,200 kepada scammer tersebut sebagai wang pemprosesan berkahwin dengan suspek.


 

“Tolonglah tolak mentah-mentah, hati saya dah berpunya” 

Isu itu telah mendapat perhatian Menteri Kewangan sendiri, Tengku Zafrul Aziz yang menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis scammer.

Menerusi Instagram, Tengku Zafrul juga memberitahu yang dia tidak bercadang untuk menambah ‘isteri kedua’ kerana hatinya sudah berpunya. Faham-faham lah ye, korang? Hiks! 

https://www.instagram.com/p/CXdFrjAsnSN/?utm_medium=copy_link

Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.⠀

Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2. 

Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” tulisnya.

Tengku Zafrul yang berkahwin dengan Raja Datin Sri Johanna Raja Arshad mempunyai empat orang anak dan isterinya juga berasal dari kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan.

Screenshot 2020 05 31 At 10.17.31 Pm

Harapnya tiadalah yang terpedaya dengan scam jenis ini lagi. Semoga hubungan Tengku Zafrul dan isteri berkekalan. 

Baca: Janji Nak Beri Rolls-Royce & Duit RM1 Juta, Wanita Kena Tipu Dengan Lelaki Menyamar Jadi ‘Menteri Kewangan’

Kena Scam Lelaki Menyamar Menteri Kewangan

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.