in

“Hati kau keras Roy”- Netizen Syak Ada ‘Mesej Tersembunyi’ Dalam PSA Muatan Berat Oleh PLUS

ft plus kayu balak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkongsian daripada PLUS Berhad kini sedang menjadi tumpuan netizen apabila mereka dapat syak sesuatu dalam mesej Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi @plustrafik baru-baru ini.

Dalam perkongisan itu, PLUS memesan agar mana-mana kenderaan berat yang ada membawa barangan berat agar pastikan ianya stabil untuk tiba ke destinasi dengan selamat.


 

Sila pastikan muatan yang di bawa stabil & tidak melebihi had yang dibenarkan

Tweet yang dimuat naik 5 jam lepas (sepanjang tempoh artikel ini ditulis) itu telah meraih lebih daripada 800 jumlah retweets.

Perkongsian ini telah membuatkan netizen syak sesuatu terhadap mesej yang dikatakan ada ‘perlian halus’ dan paparan gambar yang cuba disampaikan, ada juga yang terkejut dengan anggap ianya satu tindakan berani

 

Hati kau keras Roy – Netizen

Screenshot 2021 12 30 122324 Screenshot 2021 12 30 122636

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan terdapat gambar-gambar mengejutkan ribuan kayu balak terapung dan hanyut di Sungai Telemong, Bentong di Pahang.

Gambar tersebut diambil oleh wartawan yang membuat tinjauan pasca banjir di kawasan itu pada 18 Disember lalu.

Pihak tertentu mendakwa kewujudan timbunan sisa balak itu berpunca daripada kegiatan penerokaan hutan secara haram di kawasan terbabit.

Oleh sebab itu, kerajaan Pahang sedang menunggu laporan lengkap siasatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung isu ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan itu akan disiapkan JPNP dalam masa secukupnya sebelum diserahkan kepada kerajaan.

 

Baca : Viral Gambar Treler Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa, Ini Penjelasan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

balak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.