Wanita dan obsession dorang nak jadi cantik bak bidadari ni memang tak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup keluar wang beribu ringgit demi nak buat macam-macam procedure. Tapi bagi mereka yang kurang bajet, pakai jelah produk timbang kilo yang memang terang-terang sangat berbahaya.
Admin bukan dengki dengan korang yang pakai produk timbang kilo untuk dapatkan kulit putih mulus. Tapi jangan sampai korang jadi seperti wanita ni, barulah nak meratap menangis bila benda dah terjadi. Menerusi perkongsian Facebook Khairul Yoi, seorang wanita mengadu akan bahana memakai krim mengandungi merkuri sehingga sebabkan kandungannya gugur! Kesiannya…
Berikut apa yang dikongsikan si pengadu kepada Khairul Yoi:
“Aku ada kisah nak kisah nak share tapi segan nak bagitahu Yoi sendiri. Kisah sedih aku dengan krim kilo. Sampai sekarang aku masih rasa bersalah.”
“Ni bukan sebab kulit. Ni sebab dalaman aku.”
![31363390 578678232501094 4375484773020205056 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/31363390_578678232501094_4375484773020205056_n.jpg)
Disahkan mengandung tapi kandungan tak sempurna
Menurut wanita tersebut, dia telah disahkan hamil pada 16 August 2017 dengan kandungan berusia 12 minggu 3 hari. Namun semasa check up dilakukan di klinik, doktor memaklumkan bahawa kandungannya dalam keadaan tak sempurna. Semuanya ini katanya ada kena mengena dengan sesuatu yang dipakainya.
![31381348 578678285834422 4515210676318240768 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/31381348_578678285834422_4515210676318240768_n.jpg)
![31235066 578678332501084 8302315071866929152 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/31235066_578678332501084_8302315071866929152_n.jpg)
![31290782 578678505834400 5971163723048419328 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/31290782_578678505834400_5971163723048419328_n.jpg)
Kandungan gugur, dapat tahu krim ada mercuri
Selepas disahkan keguguran, mangsa beberapa minggu kemudian terbaca mengenai krim Ro**l Ex**rt yang dikatakan mengandungi kandungan mercuri yang banyak. Apa yang lebih mengejutkan, dia telah memakai krim tersebut selama setahun lamanya! Musykil dengan apa yang dibaca, mangsa terus call doktor untuk bertanya kalau betul atau tak krim tu jadi penyebabnya.
![31301750 578678359167748 2896435939087745024 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/31301750_578678359167748_2896435939087745024_n.jpg)
![31230391 578678392501078 5087594701498875904 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/31230391_578678392501078_5087594701498875904_n.jpg)
![31229226 578678449167739 2339311365774114816 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/31229226_578678449167739_2339311365774114816_n.jpg)
Benda dah berlaku kan, nak buat macam mana. Harap-harap lebih berhatilah di masa hadapan masa memilih produk yang sesuai dipakai untuk kulit. Uhuhu tak pasal-pasal.
Mengaku pakai masa mengandung, jahil tentang produk
Lepas mengetahui hal yang sebenar, mangsa tidak memaklum perkara ni kepada sesiapapun termasuk ahli keluarga kerana takut dipersalahkan. Dia juga mengakui telah memakai produk tersebut semasa hamil kerana percaya ia produk yang bagus.
“Jangan bagitahu orang lain sebab family aku sendiri pun aku tak cerita. Aku tak kuat untuk disalahkan.
“Masa tu aku jahil. Ingatkan yang warna warni je bahaya. Sebab Ro**l ni bau macam ubat-ubat sikit. Tu aku confident,” kata wanita tersebut.
![A](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/A.jpg)
Akhir posting tu, Khairul Yoi sempat memberi nasihat agar wanita kat luar sana berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya dengan produk seperti ni kerana bahan yang mengandungi mercuri ni memang buruk kesannya kepada tubuh badan.
“Inilah kisah nasi dah jadi bubur. Bahan krim bermekuri, sampai kandungan jadi gugur. Jadikan satu pengajaran. Skuad, doakan kawan kita semoga beroleh zuriat,” katanya di post Facebook.
Apa-apapun rujuklah doktor yang bertauliah dahulu sebelum nak cuba apa-apa produk yang korang tak biasa tengok di pasaran atau farmasi macam Guardian dan Watson. Takut-takut bila dah jadi macam ni, menyesal pun tak guna.
Biar muka tak berapa nak cantik, asalkan badan sihat dan tak melarat sakit!
Baca: Hati-hati! Ini 13 Mekap Jenama Korea Ditarik Balik Kerana Ada Bahan Berbahaya!