in

Hati-hati Taktik Scammer Terbaru, Buat Video Call Kemudian Ugut Nak Sebar Konon Mangsa Ada Skandal?

Scammer Ugut Sebar Video Call

Ramai rasanya sudah sedia maklum, sejak dua menjak ini sangat viral isu mengenai wang hilang dari bank angkara scammer dan kita semua diingatkan untuk tidak menekan mana-mana link yang mencurigakan serta menjawab panggilan dari orang tak dikenali.

Namun terbaru kali ini, pemilik syarikat konsultansi yang dikenali sebagai AMAR di Facebook telah memberi peringatan kepada netizen supaya jangan mengangkat panggilan video dari mereka yang tidak kenali.

Pexels Photo 4144290

“Ada kes scammer mel*nc*p dan screen record” 

Hal ini menurutnya disebabkan taktik terbaru scammer yang melakukan perkara tidak senonoh semasa sesi video call terbabit dan merakam panggilan video itu.

Tambahnya lagi, mereka kemudian menggunakan rakaman panggilan tersebut dengan mengugut untuk disebarkan jika tidak dibayar amaun yang tertentu.

Malah katanya lagi, situasi ini dibuat seakan-akan mangsa mempunyai hubungan sulit dengan scammer tersebut. Alamak takutlah macam ni! 

https://www.facebook.com/100044540284829/posts/pfbid02YG7EaqRSZkMGK1eTCYTsVEWzkV9YEUTW8e7XYDsQCtkGUATqDwBjGwJNVpKsHx2nl/?d=n

 

“Kawan aku dah kena…” 

Perkongsian berkenaan mendapat respon netizen yang mana rata-rata terkejut dengan tindakan berani scammer zaman sekarang.

Ada juga berkongsi pernah melalui pengalaman yang serupa dan telah diugut untuk membayar sejumlah wang, jika tidak video berkenaan akan disebarkan kepada ahli keluarga terdekat.

Buat Hal

Haih macam-macam taktik dorang sekarang ye. Hati-hatilah korang kalau nak jawab call atau tekan apa-apa link tu. 

Baca: Terseksa Muntah Paku, Scammer Mohon Maaf Kepada Pembeli Lepas Disantau

Bang Tolong