in

“Hati-hati mengejar likes” – Bapa Jatuh Motor Tapi Anak Tak Tolong, Video Tular Rupanya Ada ‘Backstory’

jtuh motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini, informasi serta berita sangat mudah disebarkan. Malah, video atau gambar yang dimuat naik ke mana-mana platform media sosial berkemungkinan boleh tular dalam beberapa jam sahaja.

Itulah yang terjadi baru-baru ini, apabila sebuah video telah tular di media sosial yang memaparkan seorang bapa terjatuh dari motosikal ketika menghantar dua anaknya ke sekolah tetapi tidak dibantu oleh anaknya.


Sebaliknya, kedua-dua pelajar perempuan itu hanya melihat bapanya terjatuh, tidak lama kemudian baru ada seorang lelaki yang membantu bapanya itu.

mng 1

Video tersebut mendatangkan kecaman dari netizen kerana lelaki pertengahan usia itu hanya dibiarkan terjatuh, malah ada juga yang mengatakan kedua pelajar perempuan itu seakan malu dengan bapa mereka itu.

Bagaimanapun, sekolah di mana kejadian itu berlaku telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang memberitahu bahawa pelajar berkenaan merupakan pelajar lembam yang termasuk dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).

cats 25

“Pelajar kita ini lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun. Kasihan pelajar ini. Semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya.

Berdosa orang menyebarkan tanpa mengetahui kebenaran.” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah pun dipadamkan dari platform TikTok, pihak sekolah tersebut juga meminta sesiapa yang mempunyai rakaman tersebut untuk memadam dan menghentikan penyebarannya.

Jangan main share je guys!

Baca: “Kau nak hilang kerja?” – [VIDEO] Lelaki Tengking ‘Rider’  Makanan Sampai Lambat, Rupanya...

Grab Ngamuk

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.