in

Hati-hati Kongsi Gambar & Video Anak Di Socmed, Boleh Jadi Bahan Penipuan ‘Scammer’ & AI

AI curi identiti

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa zaman sekarang memuat naik gambar dan video anak mereka ke media sosial sebagai kenangan dan perkongsian buat rakan serta ahli keluarga.

Namun tahukah korang sebenarnya tindakan berkongsi gambar dan video budak kecil ini boleh mendatangkan kemudaratan?

Post gambar anak di socmed beri kesan di masa hadapan? 

Menerusi satu video yang kini viral di Twitter, ia mendedahkan mengenai bahaya memuat naik gambar dan video anak masing-masing di media sosial.

Menurut penjelasan video itu, hanya melalui gambar kanak-kanak tersebut, seorang scammer dengan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) boleh mencipta gambar seorang budak menjadi dewasa dan mencipta suara palsu buat mangsa.

Kehebatan AI ini boleh menjadi alat untuk digunakan para scammer untuk memperdaya ibu bapa kononnya anak mereka dalam bahaya, malah identiti kanak-kanak itu boleh dicuri tanpa sedar yang mana boleh menyebabkan mangsa didakwa ke penjara atas kesalahan yang dia sendiri tak buat.

Gambar-gambar ini mungkin kebanyakan ibu bapa menganggapnya sebagai memori tetapi ia sebenarnya data penting untuk para scammer. 

Setiap kali gambar anak-anak kita dimuat naik ke media sosial, ia seakan-akan jejak digital yang akan mengikuti anak tersebut hingga ke akhir hayatnya.

Tolong ibu dan ayah, lindungi privasi virtual saya,” kata video itu.

“Benda private tak payahlah upload” 

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon netizen yang bimbang akan teknologi sebegini mampu memusnahkan kehidupan anak-anak mereka.

Ada juga mengatakan teknologi AI macam deepfake dan voice AI juga banyak digunakan oleh para scammer untuk menipu ahli keluarga terdekat mangsa.

fake

Hati-hatilah ketika upload gambar anak-anak kita, takut sangat kalau jadi bahan untuk scammer buat jenayah mereka. 

Baca: Ibu ‘Budak Sticker WhatsApp’ Minta Orang Ramai Henti Guna Gambar Anak Untuk Iklan Barang

gambar anak

Sumber: Twitter