in

Hati-hati! Ini 13 Mekap Jenama Korea Ditarik Balik Kerana Ada Bahan Berbahaya!

Masuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut pasal mekap, mekap jenama Korea memang terkenal di seluruh dunia termasuklah kat Malaysia ni. Ramai yang suka guna mekap dari Korea sebab pilihan warna dia memang cantik-cantik dan bekas dia pulak alahaaai comelnya! Buat rasa macam nak beli semua je.

Tapi hati-hati bila nak beli tu sebabnya mungkin ada certain jenama yang keluarkan mekap mengandungi bahan berbahaya. Beberapa hari yang lalu The Investor laporkan yang Kementerian Makanan dan Keselamatan Dadah Korea Selatan keluarkan kenyataan pasal produk larangan ni.


Larangan tu khabarnya dikeluarkan untuk 13 produk kecantikan yang rata-rata disahkan ada 10 micrograms per gram logam jenis antimony. Antimony ni sejenis logam berbahaya yang boleh menyebabkan iritasi mata dan kulit.

So Kementerian Makanan dan Keselamatan Dadah pun decide untuk menggantung proses penjualan 13 produk kosmetik yang dijual di lapan syarikat terbabit dan semua order dah ditarik balik pada 19 Mac hari tu.

Syarikat-syarikat tu termasuklah Aritaum, Etude House, Makeheal, XTM Style Homme, Black Monster, SKEDA, Skinfood dan 3CE. Haa korang pernah dengar tak nama-nama jenama ni?

Lepas kejadian ni, AmorePacific Corporation, syarikat pengeluar gergasi untuk beberapa jenama kecantikan popular Korea macam Etude House, Aritaum, Innisfree dan Laneige keluarkan kenyataan rasmi pasal kes ni.

“Sebagai pengeluar, kami seharusnya lebih peka dan menumpukan lebih perhatian kepada pengawalan kualiti. Kami mohon maaf di atas kesulitan ini. Kami akan cuba sehabis baik untuk memperbaiki keadaan ini.” kata Amorepacific.

Customer yang ada produk yang ditarik balik tu boleh pergi store Aritaum atau Etude House untuk tukar ataupun minta refund,” kata Amorepacific lagi.

Ni senarai produk terlarang daripada syarikat yang terlibat:

 

1. Aritaum

  • Full Cover Stick Concealer 2g (#01 LightBeige & #02 Natural Beige)
  • Full Cover Cream Concealer 2.5g (#01 Light Beige & Natural Beige & #02 Olive Green & Pink)

 

2. Etude House

  • AC Clean Up Mild Concealer
  • Drawing Eye Brow Pencil #03 Brown

 

3. XTM Style Homme

  • For Men Easy Stick Concealer 2.2g

 

4. Black Monster

  • Black Erasing Pen 2.2g Men Face Concealer

 

5. SKEDA

  • Homme Spot Concealer

 

6. Skinfood 

  • Cherry Full Lip Liner (Rose Cherry)

 

7. 3CE

  • Slim Eyebrow Pencil (Chestnut Brown)

 

8. Makeheal

  • Naked Slip Brow Pencil BR0203
  • Naked Slip Brow Pencil YL0801

So korang kalau guna atau tahu sesiapa yang ada guna produk-produk ni, jangan lupa share ni kat diorang jugak tau!

Baca: 13 Produk Skincare Korea Sesuai Untuk Jaga Kulit Yang Terdedah Cuaca Panas di Malaysia

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.