in

Hashtag #zahidhamidiletakjawatan Trending Di Twitter, Ramai Warganet Gesa Pengerusi BN Letak Jawatan

F1 Zhlj E1668911813191

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) awal pagi tadi menyaksikan bahawa Barisan Nasional hanya mampu memenangi 30 kerusi.

Menerusi tinjauan kami di Twitter, hashtag #zahidhamidiletakjawatan telah sohor kini (trending) di platform tersebut berikutan parti Barisan Nasional tidak lagi mampu memenangi majoriti kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.


4 1 1

Ramai warganet di platform tersebut menggesa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi BN dan Presiden UMNO meletakkan jawatannya.

2 1

3 2

Ini kerana ramai juga warganet yang mengatakan mereka tidak mengundi calon Barisan Nasional dalam PRU kali ini kerana tidak menyukai Zahid Hamidi.

Memetik laporan Berita Harian pula, Datuk Onn Hafiz Ghazi iaitu Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional Johor juga telah menggesa Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatannya dengan segera.

5 4

Ini berikutan UMNO dan BN yang kalah teruk dalam pilihan raya kali ini kerana di Johor sendiri, parti tersebut hanya mampu memenangi sembilan kerusi sahaja di negeri itu.

Manakala di negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Perlis, BN tidak memenangi satu pun kerusi.

Orang Melayu telah menolah UMNO. UMNO telah rebah,” kata Onn Hafiz yang juga merupakan Menteri Besar Johor. 

Menurutnya lagi, UMNO dan BN perlu berubah untuk memperbaiki parti kerana jika tidak, parti tersebut berkemungkinan besar tidak akan memenangi satu kerusi pun ketika pilihan raya akan datang.

Sumber: Berita Harian, Twitter

Baca: [TERKINI] Parlimen Tergantung, Tiada Parti Berjaya Bentuk Kerajaan

1 1 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.