Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza iaitu Umai telah mengharumkan nama negara selepas remaja berusia 13 tahun itu berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan nyanyian antarabangsa, World Championships of Performing Arts (WCOPA) dalam kategori Junior Vocal di Amerika Syarikat.
Kemenangan Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah itu telah dikongsikan juga oleh Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi oleh peminat-peminatnya menerusi Instagram Story.
Artikel Berkaitan: “Jangan meninggi diri ye…” – Berduet Dengan Cakra Khan, Siti Nurhaliza Titip Pesan Buat Umai
Artikel berkaitan: “Pelapis TokTi!” – Vokal Luar Biasa, Netizen Kagum Dengan Bakat Anak Buah Siti Nurhaliza
Difahamkan, dalam pertandingan itu, Umai telah menyanyikan lagu A Natural Woman oleh Aretha Franklin.
Anda boleh tonton persembahan Umai ketika acara pertandingan itu di Instagram Umairah_sairahtarudin. Memang persembahan yang bertenaga dan merdu dari Umai!
Sumber: Instagram umairah_sairahtarudin